Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 338 Pembaca Online

Halaman: Dakwah

Tazkirah & Dakwah

Rezeki Itu Hak Allah

Sebuah basikal tua, alt

Dinaiki seorang lelaki berusia,

Dengan senyuman terukir di bibirnya,

Membuatkan diri ini memikirkan betapa mulianya dia...

Dalam zaman serba moden ini masih adakah insan yang menggunakan basikal bagi mencari sesuap nasi? Susah nak percaya kan. Tapi percayalah masih ada insan yang menggunakan basikal tua untuk mencari rezeki yang halal.

Sahabat, Maafkan Daku

altSaya mempunyai seorang teman, kawan, sahabat yang amat rapat. Kami berkenalan sejak beberapa tahun dahulu. Perkenalan kami tidak dirancang. Hanya dengan sedikit perkongsian kisah suka dan duka, kami menjadi rapat. Saya pernah menangis kerananya. Malah beliau juga pernah menangis kerana saya.

Jadilah Yang Paling Murah

altPada kebiasaannya manusia memandang rendah kepada barang yang murah. Malah, jika barang itu murah kita dengan mudah mengabaikannya.

Salah satu perkara murah yang selalu manusia abaikan adalah murah senyuman.

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

altHati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.

Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

altSesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

Kenal, Kasih dan Korban

altKenal, kasih dan korban. Itulah kunci  dalam tarbiyyah(pendidikan). Kenal membuahkan kasih, kasih pula melahirkan pengorbanan. Pengorbanan itulah hasil tarbiyyah yang paling gah. Segah tembok besar negeri China, sekadar dijerit dan disalak tidak mungkin roboh menyembah bumi.

Antara Saya Dan Dia

altBila direnung dalam diri, banyak keajaiban yang tersembunyi. Menariknya manusia ini tatkala lahirnya, sama sahaja. Hujungnya pun sama. Kematian yang diratapi dengan tangisan. Cuma di tengah-tengahnya sahaja yang sedikit berbeza.

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

altHassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Membina Kemahiran Berfikir

Berfikir tidak saja suatu kegiatan akal tetapi ia boleh dibentuk sebagai suatu kemahiran. Kemahiran berfikir tidak datang begitu saja tetapi memerlukan latihan dan juga persiapan.

Berfikir sekadar berfikir melihat sesuatu seadanya tidak mendatangkan apa-apa kemahiran. Tetapi sesuatu itu apabila ditanggapi berasaskan perspektif tertentu maka kemahiran mula terbentuk.

Ukhwah Mee Maggi

altUkhwah mee segera? Jenama mee segera yang baru ke?

Ayuh kita bercerita.

Beberapa minggu lepas, saya dan sahabat-sahabat mengikuti kelas Tafsir dan Hadis mingguan.

Page 30 of 37