Merungkai Maksud ‘صوم ‘

altDalam satu risalah yang bertajuk Rahsia-Rahsia Puasa hasil penulisan Syeikh Soleh al-Jaafari ada merungkaikan maksud puasa dalam bahasa Arab yang membentuk perkataan Soum – صوم (Puasa). Syeikh Soleh al-Jaafari merupakan ulama’ terkenal al-Azhar dan juga merupakan ulama’ yang mempunyai salasilah keturunan sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Huruf yang membentuk perkataan صوم ini dihuraikan oleh Syeikh Soleh al-Jaafari dengan cukup mendalam.

ص – Sabar
و – Wara’
م – Muhsin

 

  • Huruf yang pertama dimaksudkan dengan sabar. Syeikh Soleh al-Jaafari menyebut bahawa setiap orang yang berpuasa akan diuji dengan kesabaran. Beliau juga membahagikan sabar ini kepada tiga bahagian:
  1. Sabar dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan ujian. Tujuannya ialah untuk menguji kesabaran orang-orang yang berpuasa. Kita perlu memperbanyakkan sabar dalam kehidupan seharian kita. Dalam bulan ini, Allah S.W.T menguji tahap kesabaran hamba-Nya antaranya larangan makan dan minum pada siang hari.

  1. Sabar dalam meninggalkan perintah Allah S.W.T
  2. Sabar dalam menghadapi bala/ ujian dari Allah S.W.T
  • Huruf yang kedua pula dimaksudkan dengan wara’. Wara’ ialah menjaga diri kita yakni anggota yang tujuh daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang syubhat
  • Huruf yang ketiga dan terakhir yang dimaksudkan ialah muhsin. Maksudnya, semasa bulan yang penuh keberkatan ini kita hanya berfikir untuk membuat kebaikan sesama manusia. Selain itu, kita punya perasaan belas kasihan kepada sesama makhluk.

- Artikel iluvislam.com

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas