Dah Diberi Cantik Berseri, Mengapa Ingin Diubah?

altKecenderungan mengubah rupa bentuk kejadian diri turut dikaitkan dengan keadaan luaran serta naluri dalaman pelaku tersebut. Menurut Dr. Khairi Rahman, Perunding Psikologi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang individu melakukan pengubahan rupa bentuk diri mereka seperti melakukan pembedahan plastik, botox, membesarkan buah dada dan sebagainya.

Antara punca yang mendorong insan merubah asal kejadian mereka adalah tekanan dari persekitaran. Individu terbabit dikelilingi oleh orang yang pernah melakukan pembedahan atau suntikan contohnya, mengkhabarkan kebaikan dan manfaat yang diperoleh daripada perbuatan tersebut. Ini akan menimbulkan rasa ingin mencuba tambahan pula telah melihat hasilnya di depan mata.

Wang. Ia faktor paling dominan yang merealisasikan hasrat individu untuk melakukan pengubahan rupa bentuk. Bagi orang yang mempunyai kewangan kukuh, mereka lebih terdorong melakukannya kerana tiada halangan dan kemaslahatan.

Selain itu, media banyak mempengaruhi masyarakat untuk melakukan perkara ini. Paparan yang menarik serta pengesahan daripada pakar mewujudkan keberanian masyarakat untuk mencuba. Terdapat pakar perubatan yang berkerjasama dengan media untuk memyampaikan keberkesanan teknik yang digunakan, kos yang rendah dan risiko yang minimum untuk melakukan surgery memberikan rangsangan kuat kepada umum.

Tambahnya lagi, di samping faktor-faktor luaran yang disebutkan, ada satu faktor yang menjadi tunjang kepada perlakuan ini. Ia adalah keyakinan diri. Beliau menjelaskan, orang yang berada pada tahap sederhana jarang terdorong untuk melakukan perbuatan ini.Dari segi psikologi, mereka dapat menerima seadanya apa-apa yang dikurniakan kepada mereka.

………………………………………………..Untuk mendapatkan artikel sepenuhnya, sila dapatkan ILUVISLAM Bil 70 : SIAPA KITA UNTUK MENGUBAH CIPTAAN ALLAHyang berada di pasaran.

 

Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-70. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :

    • Terapi Diri Dengan Senyuman
    • Racun Di Dalam Madu
    • Ucapan Salam Doa Untukmu
    • RM Dulu-dulu , RM Sekarang
    • Bisikan Hati ,Sejauh Mana Keikhlasan Kita
    • Betulkah Ada Saf Kanak-Kanak?
    • Persoalan Riba Dalam Jual Beli Emas & Perak
    • Irma Hasnie , Menelusuri Terowong Hijrah
    • Dan macam-macam lagi..

    Bagi mereka yang berminat menjadi stokis dan ejen tabloid iluvislam di IPT, sekolah atau pejabat (Semenanjung Malaysia sahaja) – anda boleh menghubungi pejabat kami di 03-42516702 atau 013 3024281.

    Penulis

    Artikel Terkini

    • Sepi
    • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
    • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
    • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

    Komentar (0)

    Tarbiyyah Kreatif
    Kembali ke Atas