Apabila Allah Tidak Dijaga, Apa Lagi Hendak Dimalukan?

altMalu adalah sifat indah yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya. Lahirnya sifat malu adalah seiring dengan iman setiap mukmin. Ia tidak dapat dipisahkan. Hingga ada tokoh ilmuwan Islam menggariskan, apabila malu sudah tiada, ia menandakan iman seseorang semakin berkurang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman itu ada lebih 60 cabang, dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Sifat malu itu turut digambarkan sebagai pokok kepada akhlak seseorang. Malu mampu menghalang seseorang daripada berbuat sesuka hati. Kadang kala malu juga menjadi benteng agar setiap mukmin berhati-hati dalam setiap tindakannya.

Namun perkembangan dan suasana masyarakat ketika ini menyaksikan manusia telah hilang perasaan malu. Ramai yang tidak malu terhadap orang lain, apatah lagi kepada Allah Yang Maha Melihat. Anak sudah tidak malu menderhaka ibu bapa. Pelajar juga kurang malu bersikap biadap dengan gurunya.

Situasi dalam masyarakat sekarang agak merimaskan. maksiat dilakukan terang-terangan. Di manakah nilai malu dalam kehidupan ketika ini? Islam menggariskan malu sebagai sifat yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Ia turut menggambarkan nilai keimanan seseorang kepada Allah, rasul dan hari Kiamat.

Pendakwah bebas, Ustaz Tunggul Wahidin Soekarno ketika ditanya mengenai punca tiadanya sifat malu dalam kalangan manusia terutama umat Islam sendiri berkata, ia tidak boleh lari daripada nilai keimanan seseorang.

“Iman ini dikaitkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat kelak. Andai hari ini, seseorang individu berkenaan takut kepada Allah dan pembalasan pasti, dia akan malu untuk melakukan maksiat atau perbuatan dosa.”

……………………………………………….. Untuk mendapatkan artikel sepenuhnya, sila dapatkan ILUVISLAM Bil 66 BILA MANUSIA HILANG RASA MALU  yang berada di pasaran.

 

Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-66. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :

    • Bila Manusia Hilang Malu
    • Wahai Wanita Di Mana Martabatmu?
    • Benarkah Islam Melihat Perbezaan Gender?
    • Kosova Permata Islam di Bumi Eropah
    • Wahai Remaja Tudung Diri & Maruahmu
    • ABIM Penggerak Belia Negara
    • Hakikat Akhlak Seorang Hamba
    • Duhai Suami Contohilah Rasulullah..
    • Dan macam-macam lagi..

    Bagi mereka yang berminat menjadi stokis dan ejen tabloid iluvislam di IPT, sekolah atau pejabat (Semenanjung Malaysia sahaja) – anda boleh menghubungi pejabat kami di 03-42516702 atau 013-2442551.

    Bagi mereka yang mengalami masalah untuk mendapatkan tabloid di kedai berhampiran tempat tinggal masing-masing, anda boleh SMS secara spesifik alamat rumah anda ke 013-2442551.

    Penulis

    Artikel Terkini

    Komentar (0)

    Tarbiyyah Kreatif
    Kembali ke Atas