Makna Hidup Ini

altSalam,

Pernahkah terjadi pada kita.

Di tika kita melalui perjalanan kita, kita terkadang lupa ke mana arah tujuan kita.

Segalanya berlaku secara rutin.

Bangun pagi, solat, pergi kerja, kerja, balik kerja, makan, solat, usrah dan tidur.

Itulah rutin kita.

Sehinggalah semua itu memakan usia kita.

Sehingga kita bertanya, mengapa kita buat semua ini?

Mengikuti arus?

Atau memang benar kita mahu menuju sesuatu yang menjadi kepuasan dan bahagia dalam hati kita.

Even then, apabila kita bekerja, apatah lagi bekerja 12 jam sehari, kita mencari-cari bahagia itu.

Terkadang kita terjumpa sesuatu yang mengekstasikan hati kita dan kita rasa teruja menceritakan kepada ramai manusia.

Samada berupa kejayaan dalam study, berjumpa kes yang amat pelik, berjaya melakukan prosedur yang tak pernah dilakukan, dipuji bos dan sebagainya.

Namun pada kebanyakan hari-hari, ianya adalah sama.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Monotonous.

Dan akhirnya kita berasa jemu dan tak tahu ke mana kita pergi.

Begitulah ia mampu terjadi kepada dakwah ini.

Kita membina manusia saban waktu. Setiap minggu tanpa gagal kita menghadirkan diri kita pada liqa tarbawi. Dalam masa yang sama kita sendiri membawanya.

Pada awalnya tentu akan amat mengujakan.

Seronok kenal orang baru.

Seronok menyampaikan perkara baru.

‘Mahsyuk’ dengan feel sebuah perjuangan.

Namun akhirnya satu rutin akan membosankan.

Itulah ia jiwa manusia.

Manusia datang dan pergi,.

Bila mad’u lama telah pergi ke fasa lain, datanglah manusia baru untuk ditarbiyah, untuk dibina.

Proses untuk bermula dari bawah bukannya mudah.

Dahulu sewaktu masih belajar, mudah sahaja ke sana ke mari.

Apabila telah bekerja, masa itu teramat emas, sehinggakan masa membaca sendiri amat terbatas.

‘ kak aisyah, umurmu berapa kak?’

Seorang adik bertanyaku sewaktu dia membantuku memasak untuk adik-adik widad munisah yang telah pun selamat berada di bumi Malaysia.

Dia datang dari Brunei, dan dia mengajarku cara memasak sayur lemak yang paling sedap pernah aku rasai.

‘tekalah berapa..’

‘ 25 ka?’ tekanya dalam keteloran lidah bruneinya.

Aku dan adik-adik usrahku yang berada di dapur itu pecah di dalam ketawa yang menceriakan.

Dan aku terfikir, mungkinkah aku bergaul terlalu lama dengan adik-adik berbanding rakan seusiaku..

Pernah satu ketika afifah datang ke rumahku. Sewaktu aku pulang dari tempat kerja, telah tiada siapa dapat aku hubungi dengan telefon. ( kebiasaanya mmg telefon dia sahaja)Biasanya perjalanan 40 minit ke tempat kerja akan aku gunakan untuk membasah hatiku dengan nasihat dan tausiyah dari sahabat seperjuanganku.

Namun seorang demi seorang telah pun pulang. Seorang lagi bakal pulang.

Dan aku melihat pada diriku.

Fasa dan masa terlalu cepat berubah.

Kita akan sentiasa berada dalam satu situasi ke situasi yang lain.

Cuma kita yang mampu mengemudinya dan mampu bersedia menerimanya.

‘ janganlah engkau berharap, wahai jiwa, untuk berada di atas jalan gerakan islam, sebagai bentuk perjuanganmu, tanpa hidayah dan keimanan yang Allah limpahkan padamu. Maka, bukalah pintu hatimu  wahai jiwaku, agar cahaya merasuk kedalamnya, dan esakan Allah dalam keikhlasan penuh kepadaNya semata. Jadikanlah kalimah Lailaaha illallah, Muhammadd Rasulullah sebagai system hidupmu. Dari sana, engkau dapat merasakan bahawa sesungguhnya Allah adalah caya bagi alam semesta ‘ Prof Taufiq Yusuf AlWaie.

Kita akan sentiasa berada di atas jalan ini.

Cuma manusia yang mewarnainya sahaja akan berbeza.

Kita akan temui suasana berbeza dari geografi berbeza.

Dan tentu hambatan dan ujiannya berbeza juga.

Cuma adakah kita bersedia melalui jalan-jalan itu.

Adakah kita telah betul-betul mantap memilih jalan-jalan itu.

Adakah benar, kita benar-beanr akan mujahadah untuk tetap berada di atas jalan-jalan itu, walaupun pelbagai hambatan akan melanda.

Saya tak mengatakan hambatan itu adalah kemiskinan mahupun kecelakaan menimpamu ( walaupun itu adalah ujian terbesar juga).

Namun hambatan itu adalah berbentuk keselesaan, berbentuk godaan untuk berehat panjang, untuk bersemanyam pada keindahan dunia…

Dan akhirnya kita akan terleka dengan tujuan asal.

Sehingga kita tunduk pada pujukan dunia ini.

Dan kita memberi alasan bahawa kita bekerja untuk islam, menyediakan harta untuk harakah.

Namun jauh di sudut hati kita..kita tahu, keikhlasan dan bening iman itu makin terkubur..

Saya tak mengatakan ini pada kamu.

Tapi pada diri saya terutamanya!

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Penulis

Artikel Terkini

  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27
  • tumblr_mejytetkE71qil46jo1_1280

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas