3 Elemen Utama Gerakan Islam (Jemaah)

altSesebuah gerakan Islam (jemaah Islam) mengandungi 3 elemen utama:

1. Tarbiyah dan Perkaderan (pembinaan dan pembentukan)
2. Dakwah (penerangan)
3. Siasah (politik, percaturan)

Saya cuba huraikan satu persatu dengan ringkas untuk kefahaman bersama :

1. Tarbiyah dan Perkaderan (Recruitment)

Ini merupakan aset penting supaya jemaah komited dan istiqamah dengan perjuangan. Tarbiyah dan perkaderan menjadi nadi kepada sesebuah gerakan Islam.

Tarbiyah menekankan 3 aspek utama:

a. aqidah benar
b. fikrah yang syumul sesyumul Islam
c. syakhsiyah yang soleh, berakhlak

Perkaderan pula fungsinya untuk membina:

a. kepimpinan berkarisma dan berwibawa
b. organisasi mantap dan hebat
c. tindakan strategik dan berkesan

Perjalanan ini memerlukan kepada Lajnah Tarbiyah yang dipertanggungjawabkan untuk memegang manhaj (perkaderan) dan menjana kesinambungan beragama (tarbiyah).

2. Dakwah

Berlandaskan kepada perintah Allah kita melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan dalaman dan kemahiran untuk melaksanakan tugas dakwah. Maka perlu kepada jemaah untuk mewujudkan atau menguasai proksi yang sesuai demi membumikan tugas dakwah ini.

3. Siasah/Percaturan

Jemaah meletakkan politik Islam (siasah syari’yyah) sebagai kenderaan yang sentiasa meletakkan Islam di atas. Hal ini supaya Islam itu praktikal; tidak sekadar retorik di atas kertas putih. Percaturan yang baik menatijahkan perjalanan tarbiyah dan perkaderan yang baik.

Begitu juga dakwah; ia dapat berjalan dengan lancar. S

Siasah yang baik sentiasa melonjakkan Islam berada di atas seperti yang terukir pada tinta sejarah Baginda di mana Nabi SAW sentiasa menonjolkan kekuatan kaum muslimin di persada bangsa Arab. Ini memerlukan percaturan yang konfiden, istiqamah, dan berstrategik.

- Artikel iluvislam.com

Penulis

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas