Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 467 Pembaca Online

Halaman: Bulan Islam

Bulan Islam

Malam Lailatul Qadar

altMalam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."

Kenapa Lailatul Qadar Sangat Istimewa?

altBagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

Bestnya Dapat Bonus!

altUntuk mendapatkan bonus dunia, kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya, sanggup beratur panjang berjela-jela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit, yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.

Bonus tersebut akan habis dengan hanya sekelip mata apabila kita membelanjakannya. Apabila bonus lambat di beri kita pasti akan merungut dan semua yang dilakukan akan terasa serba tidak kena.

Iftar Hebat, Iftar Bangat, Iftar Cacat..

Si Aalt

A menghabiskan kebanyakan waktunya berdakwah di kawasan pendalaman yang sunyi daripada hiruk pikuk dunia sekalipun ketika menempuh bulan Ramadhan. Dia akan berbuka puasa bersama masyarakat di daerah pendalaman samada di kalangan faqir miskin mahupun bersama orang-orang asli. Hebatnya A adalah kerana dia sangat berlumba-lumba di dalam berbuat berkebajikan sebagaimana ada di kalangan rakan-rakannyanya yang berpuasa dan berbuka di kem-kem pelarian Palestin di Gaza dan Lubnan, manakala ada di kalangan sebahagian mereka juga yang berbuka dengan meraikan saudara-saudara baru yang baru memeluk Islam demi mempertautkan persaudaraan Islam yang dibinanya.

Ini Bukan Seloka, Ini Kenyataan Ramadhan Akhir Zaman

alt

Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,
Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..

Ramadhan Bulan Hidayah

alt"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." - [al-Baqarah: 183]

Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah S.W.T, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Ramadhan Sana-Sini

Bulan Ramadhan di Malaysia adalah bulan makan... Betul ke?

Bazar di sana-sini dan makanan pula bermacam-macam jenis. Sudah hampir tujuh (7) tahun saya tidak menyambut Ramadhan di Malaysia. Saya terfikir bagaimanakah cara untuk mengubah minda orang Islam di Malaysia dalam memahami bulan Ramadhan sebagai bulan jihad.

Terdapat beberapa peperangan yang telah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadhan. Ini menunjukkan kekuatan sahabat Nabi S.A.W dalam menghadapi bulan Ramadhan dan simbolik jihad menentang kezaliman.

Renungan Ramadhan

alt

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Ramadhan Yang Dirindui

alt"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" (Al-Baqarah ayat:184)

Page 2 of 4