Tetapkan Hati Pada Kebaikan

alt

“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)”…(ali imran:8)

Hati Perlu Dijaga lebih Daripada Penjagaan Fizikal

Hati manusia terbahagi kepada empat jenis :-

1. Hati yang bersih/hidup
Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya Ilahi yang memancar

2. Hati yang tertutup/mati
Hati orang yang engkar terhadap keesaan Allah SWT, iaitu hati orang kafir

3. Hati yang terbalik
Hati orang yang tahu tetapi engkar,melihat tetapi sengaja buta,yakni hati orang munafik

4. Hati yang terdedah pada dua keadaan
Hati orang yang ada iman dan juga nifak, tetapi orang itu akan sepertimana antara dua ini yang lebih kuat

* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
” Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian. Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati “.

Dan tidak ada sesiapa pun yang boleh terjamin bebas dari memiliki penyakit hati atau terkena kesan penyakit hati orang lain, kerana seperti sabda Rasullulah SAW.

” Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik “.

لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(Al-Baqarah 2:  Ayat ke 284)  
 

Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz

 

Download Di Sini| Size Availability

(1024 x 576)

(1280 x 720)

(1792 x 1008)

(2560 x 1440) 

Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.

 

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas