Pergerakan Bulan

alt

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

Bulan

Tidak ada pencerapan atau pengukuran sains kemaskini yang bercanggah dengan ayat al-Quran.

Malahan ketepatan ayat-ayat ini, yang wujud semasa pengetahuan sains manusia masih dalam peringkat permulaan, menjadi salah satu bukti yang dapat meyakinkan setiap Muslim bahawa al-Quran berpunca daripada Pencipta yang serba mengetahui. Al-Quran bukanlah sebuah buku astronomi dan tidak boleh dikaji sedemikian rupa.

Al-Quran menyatakan tentang langit, bumi serta fenomena astronomi secara umum. Kitab ini memberi peringatan kepada manusia dan menyuruh manusia menggunakan fikiran untuk mencari pengertian tentang kewujudan langit, bumi serta apa-apa sahaja yang terkandung di antara kedua-duanya seperti berikut (maksudnya):

“Apakah mereka dicipta tanpa sesuatu ataukah mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah mencipta langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak yakin (terhadap Allah).” (Surah Al-Tur: 35-36)

Cemuhan ayat di atas terhadap mereka yang menafikan kewujudan Pencipta hebat sekali, begitu juga ejekan tentang kepercayaan mereka yang tidak logik. Sekali lagi al-Quran menggunakan langit dan bumi untuk menekankan Pencipta dan yang tercipta (maksudnya):

“Allahlah yang meletakkan langit di tempat yang tinggi tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ´Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan.” (Surah al-R´ad: 43)

Abul Ala Maududi menerangkan bahawa ungkapan ´menundukkan matahari dan bulan´ bermakna matahari dan bulan mengikut hukum-hukum yang ditentukan oleh Allah. Selanjutnya beliau bertanyaa, bukankah alam semesta ini, matahari, bulan, bumi serta jasad cakerawala lain merupakan satu sistem sempurna yang mengikut hukum-hukum tabii yang sama? Kata beliau, tidak ada sistem tanpa pentadbirnya, tidak akan ada hukum-hukum (undang-undang) tanpa pencipta dan penguatkuasanya dan tidak akan ada pengetahuan jika tidak ada orang yang memiliki pengetahuan itu. Beliau menekankan hakikat ini menjadi hujah tentang wujudnya Allah yang mencipta, mentadbir dan yang Maha Mengetahui alam semesta ini.

“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya itu rosak binasa.” (Surah al-Anbiya: 22)

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوْاْ الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُواْ الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya  (Surah Al-Baqarah 2, ayat 189)
 

Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz

 

Download Di Sini| Size Availability

(1024 x 576)

(1280 x 720)

(1792 x 1008)

(2560 x 1440) 

Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.

 

Penulis

Artikel Terkini

  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27
  • tumblr_mejytetkE71qil46jo1_1280

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas