[Design] Berapa Baki Usia?

alt

Ibnu Abbas r.a. berkata: “Bersegera bertaubat dari segala dosa itu adalah kefarduan yang mesti disegerakan. Tidak harus melambatkannya. Jika dilambatkan, ia dikira berdosa kerana menangguhkannya. Jika ia bertaubat pun dari dosa tersebut, dia masih mempunyai satu taubat lagi iaitu taubat kerana melambatkan taubatnya. Jarang sekali perkara ini difikirkan oleh orang yang bertaubat. Sebaliknya jika seseorang bertaubat dari dosa, dia menyangka dia sudah tidak perlu lagi bertaubat sedangkan dia masih berhutang satu lagi taubat iaitu bertaubat kerana dosa melambat-lambatkan taubat.”

Ramai orang sebenarnya berada dalam keadaan ini. Suka menangguhkan taubat sehinggalah sampai waktu tertutupnya pintu taubat untuknya. Saat itu, tiada pilihan lagi selain bertaubat dalam keadaan terpaksa sebagaimana taubat Firaun yang karam dalam lautan. Apa kata Firaun? Katanya: “Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai kaum Bani Israil dan aku termasuk di kalangan mereka yang beriman.” Namun dia tidak bernasib baik kerana Allah telah menolak ‘taubat terpaksa’ tersebut

ءَآلۡـَٔـٰنَ وَقَدۡ عَصَيۡتَ قَبۡلُ وَكُنتَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
(Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
(Surah Yunus 10: Ayat 91)
 

Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download)  (1) ‘Save As’ dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.

 
 

Penulis

Artikel Terkini

  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683
  • date-ramadan-debut-ramadan

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas