[Design] Yang Terutama

alt“Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: “Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.” (Riwayat Abu Hurairah R.A)

Amalan yang diterima Allah S.W.T

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a :

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.

Kita dapat mengetahui bahawa amalan tersebut diterima oleh Allah apabila ia menepati dua syarat. Syarat pertama, ia dilakukan dengan niat ikhlas untuk Allah. Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan pujian atau celaan manusia, tetapi keredhaan Allah semata-mata.

Berkenaan niat ikhlas ini Rasulullah bersabda: ”Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kerananya. [Shahih al-Bukhari, no: 01]

Syarat kedua, amalan tersebut menepati tunjuk ajar Rasulullah. Jika seseorang itu membuat-buat amalan tersendiri, maka ia tertolak – yakni tidak diterima oleh Allah. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini apa yang tidak (memiliki asal-usul) darinya maka ia tertolak. [Shahih Muslim, no: 3242]

Niat ikhlas ingin membuat kebaikan dan amal ibadah saja tidak cukup, perlu dipastikan terlebih dahulu ia menepati tunjuk ajar, perintah larangan Rasulullah.

فَأَثَابَهُمُ اللّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاء الْمُحْسِنِينَ
Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya)
(Surah al-Ma’idah 5: Ayat ke 85 )

Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download)  (1) ‘Save As’ dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.

 
 

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas