[Design] Kemuliaan Ramadhan

altDalam bulan Ramadhan banyak ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya. Sehubungan itu adalah disarankan agar kita mengambil peluang yang ada mendekatkan diri kepada Allah

Peristiwa Pertama
Rasulullah S.A.W  pernah ditawarkan dengan pelbagai bentuk batu yang ada di kota Mekah untuk ditukarkan menjadi emas sebagai asset. Dengan rendah hati Rasulullah S.A.W  menjawab, “Tidak, wahai Tuhan.Tapi (biarkan) aku lapar sehari dan kenyang sehari. Jika aku sedang kenyang,maka aku akan memujiMu,dan di saat lapar aku akan bersimpuh dan berdoa kepada mu.”
[Prof.Sayyid Dr.Muhammad Alwi Al Maliki, Muhammad al Insan Al Kamil, hal. 156.]

Peristiwa Kedua
Sayyiduna Rasulullah S.A.W dimahkotakan sebagai Rasulullah di bulan Ramadhan pada tahun ke 13 sebelum Hijriah di Gua Hira’ bersama dengan surah al-’Alaq. Dakwah pertama Baginda ialah kepada isterinya yakni Sayyidatina Khadijah. Isyarat jelas kepada suami, bakal suami atau para remaja lelaki yang sedang merancang untuk “bercinta”, tugas pertama lelaki ialah untuk mendidik isteri dan seluruh ahli keluarganya. Bersedia!!

Peristiwa Ketiga
Bahkan, Rasulullah S.A.W diuji dengan wafatnya Sayyidatina Khadijah Binti Khuwalid pada bulan Ramadhan tahun ke sepuluh selepas Rasulullah S.A.W menjadi Nabi yang penuh keberkatan ini. Wanita mulia inilah manusia mulia pertama yang mendukung berhabisan tenaga dan harta demi kelangsungan dakwah Baginda yang kita kasihi. Ketahuilah wahai para lelaki muslim, kemuliaan keturunanmu melalui kecantikan akhlak bakal isterimu. Juga buat para mukmin samada lelaki dan wanita, Islamnya kita hari ini antaranya disebabkan perjuangan Ummul Mukminin mulia ini yakni Saidatina Khadijah Binti Khuwalid. Ini adalah bukti Islam tidak pernah merendah-rendahkan martabat wanita. Tegaskan kepada “mereka” dengan hikmah.

Peristiwa Keempat
Didalam bulan Ramadhan juga Sayyiduna Rasulullah S.A.W  mengutus bapa saudaranya Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib sebagai utusan pertama kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah S.A.W

Peristiwa Kelima
Akhlak manusia agung ini Sayyiduna Muhammad S.A.W ketika berlapar masih tetap sabar, masih mampu memimpin jamaahnya menang dalam pertempuran Badar. Kemudian, pada 18 Ramadhan tahun ke 8 Hijriah, Baginda memimpin 12,000 Muslimin menawan kembali Kota Makkah juga dinamakan ia Fathu Makkah. ALLAHU ALLAH.. mukmin semakin hebat bilamana masuknya Ramadhan.

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah At-Taubah 9: Ayat ke 20)

Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download)  (1) ‘Save As’ dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.

 
 

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas