[Design] Yakin Dengan Janji Allah

altAmbillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan

Bila kita melakukan usaha agama atau usaha keatas sesuatu amalan yang baik, tetapi kita tiada atau kurang keyakinan kepada Allah, maka bila datang sedikit kesusahan atau cubaan, maka dengan mudah, kita tinggalkan usaha-usaha ini. Keyakinan pada Allah dan janji-janji Allah adalah begitu penting disemaikan didalam hati dan juga, usaha sebaik mungkin sebagaimana yang disarankan oleh Allah Taala. Bila Nabi Musa datang kebukit Tursina dan berkata-kata dengan Allah, yang pertama diajar adalah keyakinan keatas Allah semata-mata.

Diperintahkan Nabi Musa melontar tongkatnya, dan tongkatnya berubah menjadi ular, lalu diperintahkan ambil semula tongkat tersebut yang masih dalam keadaan seekor ular. Nabi Musa ketakutan tetapi yakin segalanya berlaku diatas perintah Allah dan dia harus turuti perintah Allah, maka dipegangnya ular itu yang mana berubah kembali menjadi tongkat. Dan begitu juga, bila Firaun mengejar Nabi Musa dan umat-umatnya, bila mereka sampai dilaut Merah, Nabi Musa tahu melalui pengalamannya yang bila dia lontarkan tongkatnya, akan menjadi ular dan menyerang Firaun, tetapi Nabi Musa tidak bertindak seperti pengetahuan atau pengalaman dia, tetapi bertindak atas perintah Allah.

Lalu Allah perintahkan Nabi Musa memukul Laut Merah dengan tongkatnya yang mana Laut Merah terbelah dan Nabi Musa juga umat-umatnya berjaya melarikan diri dari Firaun dan bala-tenteranya, manakala, Firaun dan seluruh bala-tenteranya ditenggelamkan dan dimusnahkan oleh Allah Taala.

رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat 9)

Muat Naik (Upload) E-Kad ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah. (Klik Sini Untuk Download E-Kad)

Atau Copy Code di bawah untuk Blog, WordPress, Friendster, Tagged dan lain-lain

 

 

Penulis

Artikel Terkini

  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27
  • tumblr_mejytetkE71qil46jo1_1280
  • alt
  • alt

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas