Ucapkan Alhamdulillah

altAjarlah anak-anak comel kita untuk sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda berjaya menyiapkan kerja  dan tugasan Anda  hari ini.Bersyukurlah kerana Anda diberi ilham, ruang masa dan curahan tenaga oleh Allah s.w.t. untuk menyiapkan semuanya.

Alhamdulillah Penyebar Jiwa Positif! 

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda baru balik dari kerja, selamat sampai di rumah dan di sambut oleh hilai tawa keluarga Anda.

Bersyukurlah kerana Anda masih ada peluang mendengar kegirangan mereka, melihat cerianya wajah mereka dan menyentuh lembut kepala mereka. Hilai tawa mereka, kebahagiaan buat Anda.

Ucap alhamdulillah dalam bila Anda bertemu suami/isteri Anda dan sempat menatap senyuman manis di bibirnya. Beruntung Anda kerana ada kekasih seperti dia! Alhamdulillah…

Ucapkan alhamdulillah di saat Anda mahu melelapkan mata, ucap tahniah pada diri Anda kerana berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Anda sempat beribadah, beramal dan menambah pahala.

Alhamdulillah, satu lagi kecemerlangan kecil tercipta!!

Ucapan Pujian Komunikasi yang Terulung

Ucapan ” ALHAMDULILLAH “ Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ” ataupun ” Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ” .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala ni’mat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ‌ۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” Surah al-’Aaraf , ayat 43

Dan tentunya Surah yang kita baca setiap hari setiap kali solat:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Surah Al-Fatihah: Ayat 2.

 

Muat Naik (Upload) E-Kad ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.

Atau Copy Code di bawah untuk Blog, WordPress, Friendster, Tagged dan lain-lain

 

 

Jom Jadi Kunci Penyampai Kebaikan dengan sama-sama sertai kempen 1 Hari 1 Share dari artikel-artikel serta pengisian yang ada disini.

 

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas