Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 323 Pembaca Online

Halaman: Universiti FESKUM'11 Raikan Sambutan Jubli Emas

FESKUM'11 Raikan Sambutan Jubli Emas

alt

KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2011 – D.Y.T.M. Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah, Tuanku Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2011 (FESKUM'11) yang meraikan sambutan Jubli Emas penganjurannya pada tahun ini.

FESKUM'11 berlangsung dari 1 – 8 Oktober 2011 dengan tema "Legasi Kecemerlangan, Tradisi Kegemilangan". Satu pameran khas bersempena dengan sambutan Jubli Emas memaparkan koleksi gambar sejarah FESKUM sejak 50 tahun penganjurannya sehingga kini akan diadakan di perkarangan Kompleks Perdanasiswa pada 3 – 8 Oktober 2011.

Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Tan Sri Dato' Seri Siti Norma Yaakob, Tan Sri Pro-Canselor, UM; Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah, UM; dan Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, Naib Canselor, UM.


Festival ini bakal diisi dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang bersifat intelektual dan akademik; perpaduan dan kesatuan; kebudayaan dan kesenian; sukan dan kesihatan; keusahawanan dan kerjaya; dan modal insan.

Antara aktiviti yang diketengahkan adalah Bicara Ilmuwan; Forum Kekeluargaan; Pertunjukan Simulasi Pertahanan; Pertandingan Pidato Speaker's Corner; Pesta Buah-buahan; pameran & gerai jualan; persembahan teater; kempen kesihatan & derma darah; dan Mini X-Bike Adventure Carnival.


Pertunjukan Simulasi Pertahanan yang disertai oleh pasukan-pasukan keselamatan dari pelbagai unit akan mempersembahkan gerak pertahanan dan keselamatan untuk dikongsi bersama orang ramai. Bertemakan "Unit Pertahanan Nadi Keselamatan Negara", program ini merangkumi pameran pencegahan jenayah, pertunjukan seni mempertahankan diri, pertunjukan unit anjing pengesan, pertunjukan unit berkuda, pertunjukan kawad, pertunjukan simulasi menangkap penjenayah dan pertunjukan pakaian beruniform.


FESKUM merupakan aktiviti anjuran tahunan bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya yang berlangsung pada 3 – 8 Oktober 2011 untuk meraikan kejayaan para graduan yang hadir bersama keluarga. Sebahagian hasil kutipan dari aktiviti FESKUM pula akan disalurkan ke rumah kebajikan dan selebihnya akan dimasukkan ke dalam Tabung FESKUM untuk kegunaan penganjuran program ini pada tahun seterusnya.



FEKSUM11

 Dikeluarkan oleh: Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
Tel: 03-79673238/3273   Faks: 03-7956 0027  Email: icr@um.edu.my
iLuvislam.com adalah Rakan Media FEKSUM'11

 


Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!