Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 315 Pembaca Online

Bila Teddy Bear Meletup Di Internet

alt

Laman BigTeddyBear2u.com milik Hafizi Zain telah berjaya membuka minda rakyat Malaysia. Produk fizikal merupakan salah satu cabang perniagaan internet yang mampu memberikan keuntungan yang lumayan.

Dengan hanya menjual produk seperti patung beruang yang comel, beliau mampu memperoleh pendapatan sampingan sebanyak 4 angka, dengan hanya menjalankan perniagaan dari rumah.

Setiap hari, beliau hanya perlu buka komputer, login ke emel dan uruskan tempahan pelanggan. Namun masih ramai di antara kita yang masih skeptikal mengenai perniagaan internet, berasaskan produk fizikal.

Anda ingin produk anda meletup seperti BigTeddyBear2u.com? sila layari layari www.iluvislam.com/akademi-usahawan, sedikit pelaburan kini untuk kejayaan masa depan!

Setelah dilakukan kajian menerusi forum WangCyber.com, majoriti mereka takut untuk bertindak adalah kerana:

  • Margin keuntungan yang rendah.
  • Takut pada simpanan stok.

Kenyataan di atas adalah mitos semata-mata. Ini kerana terdapat pelbagai faedah yang boleh kita peroleh daripada perniagaan produk fizikal. Berikut adalah faedah yang digariskan menerusi Jeff Bezos, pemilik laman web Amazon.com:

01. Faedah #1 – Berfikiran Kreatif Dengan Margin Untung Kita yang tetapkan keuntungan produk fizikal. Jika kita mahu ambil untung RM10 daripada menjual baju, maka kita akan dapat RM10. Penetapan harga tertakluk pada kreativiti kita untuk menambah nilai produk, apabila kita mempunyai niat untuk menaikkan harga produk. Contohnya, jika kita mahu ambil untung RM20 setiap kali menjual baju, kita boleh berikan pelanggan keychain secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa skeptikal pelanggan, apabila ingin membeli produk daripada kita, meskipun harganya lebih tinggi berbanding pesaing lain.

02. Faedah #2 – Peluang Untuk Belajar Mengira Kos Dengan menjual produk fizikal di internet, ia juga dapat mendidik kita untuk mengira kos untung, kos pelaburan dan sebagainya. Secara tidak langsung mengajar kita untuk menjadi seorang usahawan yang benar-benar tahu selok-belok perniagaan. Teori mengenai pengiraan kos operasi bisnes berbeza setelah kita alaminya sendiri. Bagi seorang usahawan internet, ini adalah peluang terbaik untuk kita belajar dengan cara yang sebenar dengan risiko yang rendah.

03. Faedah #3 – Memperoleh Return Customer Perbezaan ketara antara produk fizikal (baju, seluar dan sebagainya) dan produk digital (ebook) adalah jumlah pembeli berulang. Pelanggan yang membeli baju mempunyai peratusan yang tinggi, untuk membeli baju yang sama daripada pengeluar produk yang sama. Situasi ini dapat dilihat menerusi kajian di laman web Amazon.com sendiri. Mereka mencatatkan pembeli akan membeli 2 hingga 3 kali produk yang sama, dalam tempoh 3 bulan hingga 1 tahun.

ia bergantung pada jenis produk yang kita jual di pasaran. Produk-produk keperluan biasanya akan mempunyai jumlah pembeli berulang yang tinggi. Contohnya baju, seluar, makanan dan sebagainya.

Ketahui Lebih Lanjut Di Seminar Akademi Usahawan

Peluang menjana pendapatan menerusi internet adalah mudah jika kita mempunyai mentor yang betul. Luangkan masa kita untuk hadirkan diri ke Seminar Akademi Usahawan, bagi mengetahui langkah demi langkah menjana pendapatan di internet, menerusi produk fizikal.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.iluvislam.com/akademi-usahawan



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!