Alasan tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah "Tak ada modal... macam mana nak mulakan perniagaan?"
Jawapan saya adalah, sentiasa mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.
Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.
Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.
Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.
Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!
Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):
- http://www.livingroom.org.au/photolog/. Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
- http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
- http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!
Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa "Tiada modal" untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.
So, lepas ni, tiada lagi alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di internet daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?
Biodata Kolumnis
Irfan Khairi merupakan personaliti jutawan internet yang sangat terkenal di Malaysia. Beliau menjadi jutawan melalui perniagaan internet ketika berumur 25 tahun. Selain menjadi usahawan, beliau juga menulis buku-buku perniagaan, menjadi kolumnis untuk majalah-majalah dan pelbagai kerjaya lain.
Anda ingin menemui Irfan Khairi dalam Bicara Santai "Anda Layak Berjaya?" Temui beliau secara percuma untuk mendapatkan tips-tips perniagaan online dan offline. Ya, percuma! Berikut adalah lokasi dan tarikhnya:
16/12/10 – Kuala Lumpur (Hotel Cititel, 8pm to 11pm)
18/12/10 – Shah Alam (Hotel de Palma, 2pm to 6pm)
Untuk menyertai secara PERCUMA, di minta anda menghantar tempahan tempat duduk melalui SMS seperti berikut:
SMS kepada 013-3024281 info-info di bawah :
"LOKASI (seperti di atas), Nama Penuh, Email dan Bilangan Peserta."
Itu sahaja! Tempat sangat TERHAD!
*Sebagai tanda penghargaan kepada anda yang hadir, peserta akan menerima buah tangan personal daripada Irfan Khairi iaitu audio bertajuk "Wang & Anda: Jejak Jutawan" berharga RM19.90 secara PERCUMA. Jadi, bila datang, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong! ^_^
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
