"Ramai betul aku tengok orang jual produk fizikal di internet. Terutamanya di Facebook. Macam best pulak. Aku pun nak buat lah."
Itulah luahan hati ataupun detik hati bagi mereka yang berminat nak mulakan bisnes internet.
Ramai yang tak tahu nak mula. Ramai juga yang main redah sahaja tanpa memikirkan halal atau haram dalam sesuatu bisnes internet yang ingin dijalankan.

Laman BigTeddyBear2u.com milik Hafizi Zain telah berjaya membuka minda rakyat Malaysia. Produk fizikal merupakan salah satu cabang perniagaan internet yang mampu memberikan keuntungan yang lumayan.