Versi: Bahasa Melayu

Selasa, 21 Mei 2013

 296 Pembaca Online

Bisnes

Berapa Jam Jutawan Bekerja Dalam Sehari?

Print

alt

Mungkin ramai ingin tahu, berapakah jam sehari seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan bekerja dalam sehari. Berbanding orang yang bekerja makan gaji akan bekerja selama 8 jam sehari ataupun waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. Sewaktu saya berkhidmat di perkhidmatan awam dulu saya bekerja dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. (Pada ketika itu saya ambil waktu kerja WP 1 iaitu waktu kerja dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang, mudah untuk balik awal). Jadi adakah sama masa bekerja anda dengan para jutawan?

Kajian yang dibuat melalui buku The Millionaires Next Door mendedahkan bahawa waktu mereka focus pada kerja-kerja penting dan produktif adalah sekitar 60 hingga 70 jam seminggu. Kebanyakan mereka yang telah mencapai jutawan menumpukan masa bekerja secara produktif yang lebih lama iaitu melebihi 80 jam seminggu. Secara puratanya mereka bekerja selama 12 jam satu hari. (waahh.. 4 jam lebih lama dari orang makan gaji biasa) mungkin inilah faktornya mereka boleh mencapai kebebasan kewangan. Jadi amat sukar untuk mencapai kebebasan kewangan jika kita hanya menumpu hanya 8 jam kerja sehari.

Saya pernah baca buku Rahsia Bisnes Orang Jepun karya Ahn Wang Seng yang mendedahkan bahawa budaya kerja orang Jepun sangat yang sangat workaholic. Mereka bekerja 12-14 jam sehari. Orang-orang Jepun keluar bekerja seawal pagi sebelum matahari terbit dan akan hanya balik pada lewat malam. Adalah perkara memalukan si isteri jika suami mereka pulang awal ke rumah (berbeza dengan budaya kita, jika pulang lewat akan dianggap berfoya-foya).

Apa kata saya cuba rangkakan jika kita bekerja selama 80 jam seminggu dan katakanlah hari Ahad ialah cuti rehat. 80 jam/6 hari = bersamaan 13.333 jam sehari. Jadi kita bundarkan masa kepada 13 jam 30 minit sehari untuk waktu kerja.

Masa Perkara Jam
5.00 pagi – 6.00 pagi Bangun/ Mandi  
6.00 pagi – 7.00 pagi Solat subuh / Sarapan Pagi  
7.00 pagi – 8.00 pagi Waktu Produktif Kerja 1 jam
8.00 pagi – 9.00 pagi Waktu Produktif Kerja 1 jam
9.00 pagi - 10.00 pagi Waktu Produktif Kerja 1 jam
10.00 pagi – 11.00 pagi Waktu Produktif Kerja 1 jam
11.00 pagi – 12.00 tgh Waktu Produktif Kerja 1 jam
12.00 tgh – 1.00 tgh Waktu Produktif Kerja 1 jam
1.00 tgh – 2.00 ptg Rehat/ Solat Zohor /makan  
2.00 ptg – 3.00 ptg Waktu Produktif Kerja 1 jam
3.00 ptg – 4.00 ptg WaktuProduktif Kerja 1 jam
4.00 ptg – 5.00 ptg Waktu Produktif Kerja / Solat Asar 30 minit
5.00 ptg – 6.00 ptg Waktu Produktif Kerja 1 jam
6.00 ptg – 7.00 ptg Waktu Produktif Kerja 1 jam
7.00 ptg – 8.00 mlm Rehat / Solat Maghrib/ Makan malam  
8.00 mlm – 9.00 mlm Waktu Produktif Kerja / Solat Isyak 1 jam
9.00 mlm – 10.00 mlm Waktu Produktif Kerja 1 jam
10.00 mlm – 11.00 mlm Waktu Produktif Kerja 1 jam
11.00 mlm – 12.00 mlm Rehat / Tidur  
  Jumlah Waktu Kerja 13 jam 30 minit

Jadi inilah anggaran jadual waktu kerja produktif bagi seorang yang berstatus jutawan atau bakal jutawan khususnya Muslim setelah ditolak waktu makan dan solat jika kita bekerja selama 13 jam 30 minit sehari.

Oppss lupa nak bagitahu. Waktu kerja produktif ini tak semestinya hanya kerja semata-mata, tetapi meliputi juga masa kita untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu perniagaan seperti mebaca buku, menghadiri kelas/seminar/worksyop, waktu untuk berjumpa prospek/pelanggan dan sebagainya. Waktu kerja produktif di atas bukanlah wajib diikuti 100% tetapi fleksibel bergantung kepada keperluan kerja/perniagaan anda.

Sekian sahaja tips perniagaan pada hari ini.

Nota Perniagaan :-

1) Individu berstatus jutawan memfokuskan 80 jam seminggu untuk kerja-kerja penting dan produktif.

2) Masa kerja produktif tidak semestinya hanya tumpu kepada bekerja sahaja tetapi boleh diisi dengan menghadiri seminar/worksyop, membaca buku, mesyuarat dan lain-lain.

- Artikel iluvislam.com

Faisal Reza merupakan penulis di http://faisalreza.com. Kini bertugas di iluvislam.com. 

 

 

 

3 Jenis Manusia yang Diperlukan untuk Berjaya

Print

sukses

Pada tulisan kali ini, saya ingin menulis mengenai 3 jenis manusia yang sangat diperlukan oleh Usahawan untuk berjaya. Jika anda baru nak bertatih dalam bidang keusahawanan. Pastikan anda cari 3 jenis orang ini dengan apa cara sekalipun.
Jalan anda akan menjadi jauh lebih mudah dengan adanya 3 jenis manusia ini. Siapakah mereka?

Muzik Dan Produktiviti Kerja

Print

altHasil kajian mendapati muzik dapat memberi kesan positif kepada prestasi dan kualiti kerja seseorang. Kajiselidik telah dilakukan kepada beberapa orang pembangun sistem maklumat komputer di Kanada.

Bagaimana Melihat Dari Perspektif Pelanggan

Print

altAntara perkara terpenting bagi seseorang usahawan adalah apabila berkomunikasi dengan orang lain. Secara umum, kita akan membiarkan kita berkomunikasi secara automatik dan kita akan belajar dari kegagalan ini (namun ada ketika kita tidak pernah belajar).

Contohnya, apabila anda menghubungi seseorang pelanggan anda untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda akan call dan terus bercakap seperti biasa. Contohnya "Hello, nama saya SJ, saya nak promosikan perniagaan saya iaitu... bla bla bla"

7 Cara Menjadi Lebih Produktif Pada Tahun Hadapan

Print

altDi akhir tahun seperti ini tentu anda mula menenangkan pemikiran anda dengan mengingati kembali tugas serta pencapaian anda sepanjang tahun ini. Namun jika anda berfikir secara mendalam, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tangguhkan berbanding apa yang kita capai.

6 Sebab-Sebab Perniagaan Gagal Yang Dirahsiakan

Print

altSudah banyak kita dengar daripada peniaga dan penulis mengenai kenapa sesebuah perniagaan itu gagal. Banyak sebab seperti :

1. Tidak mendapat pinjaman
2. Lokasi yang salah
3. Masalah pekerja
4. Pengurusan yang tidak terurus
5. Persaingan
6. Berkembang terlalu cepat

Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Print

altSetiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional. Biasanya ia akan dipengaruhi oleh emosi. Emosi tidak bermaksud emosi negatif sahaja. Emosi positif dan pelbagai emosi lain yang kita alami.

Bayangkan anda baru mendapat berita bahawa anak anda ditangkap merokok di sekolah. Dalam keadaan marah ini, ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk mengkritik mengenai perniagaan anda. Itu tidak betul, ini tidak betul.

Minta Jawapan Atau Cari Sendiri Jawapan?

Print

altDalam pengurusan perniagaan, tidak ramai yang sedar tentang perkara ini. Apabila cara hidup sudah menjadi laju, orang berfikir terlalu laju, sehingga kurang masa untuk berfikir tentang masalah jawapan.

Sebelum berbicara lebih panjang, anda perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan jawapan di dalam topik ini. Jawapan ialah penyelesaian bagi masalah. Contohnya, masalah rumah anda ialah kegelapan dan tidak tahu bagaimana hendak menerangi rumah anda? Maka jawapannya ialah menggunakan mentol untuk mengeluarkan cahaya bagi menerangi rumah anda.

Dunia Pasaran dan Dunia Sosial

Print

altDalam kehidupan seharian kita, tanpa kita sedari sebenarnya kita hidup dalam sekurang-kurangnya 2 dunia yang berbeza. Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai dua dunia ini dan dengan kefahaman ini, cara anda melihat kehidupan akan berubah dan anda boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik dengan mengetahui perkara ini, terutamanya jika anda seorang usahawan.

Timba Ilmu dan Pengalaman Bisnes Internet

Print

alt"Ramai betul aku tengok orang jual produk fizikal di internet. Terutamanya di Facebook. Macam best pulak. Aku pun nak buat lah."

Itulah luahan hati ataupun detik hati bagi mereka yang berminat nak mulakan bisnes internet.

Ramai yang tak tahu nak mula. Ramai juga yang main redah sahaja tanpa memikirkan halal atau haram dalam sesuatu bisnes internet yang ingin dijalankan.

Bagaimana Untuk Gembira Apabila Ditolak

Print

altDalam membina perniagaan, tentu semua usahawan pernah merasa saat di mana apa yang kita tawarkan ditolak.

Ada yang ditolak mentah-mentah, ada yang ditolak dengan alasan, malah ada yang ditolak dengan cacian, jika tidak kena pada caranya.

Ini hanyalah kegagalan kecil. Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba. Jika tidak pernah mencuba, tidak mungkin orang itu akan berjaya.

Setelah di'reject' 199 kali, bagaimana untuk kita menerima penolakan dengan hati yang gembira untuk kali yang ke-200 ?

Page 1 of 4

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »