Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 18 Mei 2013

 345 Pembaca Online

Halaman: Resepi

Resepi

Telur Tapau Macam2 Rasa

alt

Cakap pasal tapau, dah semestinya sesuatu yang berbungkus terlintas di fikiran. Memang dah selalu orang buat di kedai-kedai makan. Kali ini, jom kita ber "tapau" di dapur dengan menu hidangan hari ini iaitu Telur Bungkus Aneka Rasa. Bagi mereka yang suka makan makanan yang simple dan lengkap dengan pelbagai rasa, resepi ini adalah salah satu cadangan untuk santapan anda. Selamat mencuba... :)

 

Ikan Nanonano Spicy

alt

Bukan setakat di atas pentas, tapi di dapur pun boleh nanonano.. haaaa apa tu? Itulah nama komersial bagi resepi Ikan Masak 3 Rasa. Dari segi rasa, tak perlu risau sebab macam-macam ada. Seperti dalam iklan gula-gula nanonano, rasa masin, masam, manis pasti memenuhi citarasa anda. Ditambahkan dengan rasa pedas, mesti "berdesik". ( orang ganu mesti tau punyer ).. Jom masak... :)

"Memori Daun Pisang"

alt Bukannya nk ajak anda berdangdut ketika membaca, tapi nak ajak anda berdangdut di dapur. Bila teringat lagu dangdut Memori Daun Pisang yang sering diputarkan di radio suatu ketika dahulu,  teringin pula nk makan nasi lemak nasi daun pisang. Jarang ditemui dan kalau ada terjual kat mana-mana pun, belum tentu dapat rasa yang betul-betul ummmpphhh... Jadi apa kata kita cuba try test sendiri kepakaran yang kita ada. Mana nak tau, kemungkinan nasi lemak daun pisang kita buat sendiri lebih sedap dari yang ada di kedai. Apa lagi, jom kita share apa yang patut... selamat mencuba..:)

Puding Vanila Caramel Chocolate

altDi waktu lapang, teringin plak nak makan pencuci mulut ala-ala hotel gitu. Ape lagi, carian di Google tak penah mengecewakan, macam-macam resepi boleh dicari. Puding Vanila Caramel Chocolate yang "dipublish" di salah sebuah blog memang sudah pasti membuatkan anda teliur. Rasanya sungguh berkrim, dan tentunya disukai ramai... Selamat mencuba... 

Mamma mia... !

alt

Selalunya, kita menjamah hidangan lauk pauk pada waktu tengahari. Apa kata kita try resepi simple tapi ada gaya citarasa Itali.. Spaghetti Bolognese. Mudah dihidangkan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa saja. Selamat mencuba...

"Manis tak KURMA ini?"

alt Cakap je pasal Kumpulan Sepah (Maharaja Lawak), mesti teringat tagline  "Manis tak KURMA ini?". Jadi, teringin pulak nak kongsi resepi masakan kurma. Sedap dimakan dengan apa jua jenis nasi semasa panas2 lagi dan juga bersama roti canai,capati mahupun dgn roti putih biasa dan roti francis. Ada berbagai cara memasak kurma, hanya taip kata kunci, "resepi" di internet, pilih la yang mana suka sedap dan senang untuk dimasak. Selamat mencuba.

Nasi Beriyani Berempah

alt

Lidah orang melayu memang tak penah lari dari santapan nasi beriyani, nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas. Selalunya, hidangan nasi beriyani menjadi menu dalam majlis kenduri kahwin, dan kebanyakannya mudah didapati di restoran atau kedai makan.

Jadi, apa kata kita cuba masak sendiri kat rumah. Mana nak tahu kemungkinan masakan itu boleh dikomersialkan dengan gubahan anda sendiri. Selamat mencuba..  

Ketam Bercili

alt

Buntu memikirkan masakan untuk hidangan tengahari anda? Apa kata cuba resepi Ketam Bercili. Isi yang putih gebu, ditambah dengan rasanya yang lemak manis dan pedas yang menyengat memang sesuai dihidangkan pada waktu makan tengahari. 

 

Sambal Udang & Petai

alt

Sebut je petai, ada je antara kita yang membayangkan baunya yang harum. Ditambah dengan udang yang meliak liuk memang terasa nikmat bila mencecah perut ini. 

Telur Bungkus Aneka Rasa

altMemasak sendiri di rumah merupakan suatu amalan yang menjimatkan bagi keluarga. Namun, hari ini kebanyakan ibu dan ayah bekerja 'office hour' dan kadangkala tidak sempat menyediakan makanan hasil air tangan sendiri. Alasan yang biasa diberikan adalah tidak sempat atau kepenatan bekerja.

Jadi, hari ini kami cuba kongsikan satu resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Page 5 of 6