Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 509 Pembaca Online

Halaman: Resepi

Resepi

Sweetnya Puding Karamel

alt

Resipi yang dinanti-nanti telah tiba!

Setelah cubaan membuat puding karamel versi baru selama dua hari berturut-turut ini pada minggu lepas ternyata berjaya dan disukai seluruh ahli keluarga termasuk kawan-kawan yang berkunjung ke rumah untuk berbuka puasa, saya rasa ada baiknya sekiranya saya kongsikan resipi membuat puding karamel ini dengan anda semua di Iluvislam.com :)

Sangat mudah, bahan-bahannya sangat senang dijumpai di pasaraya. Untuk penggemar pencuci mulut, mari kita sama-sama lihat resipi puding karamel versi tidak berlubang-lubang ini. Lembut sangat! Yang penting tak perlu membazir beli kat baazar Ramadhan. Buat sendiri, jimat, dapat makan banyak kali dan sedap!

Gulai Ikan Tenggiri Marvellous!

alt

Perut tengah lapaq? Dok pikiaq nak masak pa untuk berbuka satgi? Toksah doq pikiaq-pikiaq lagi. Sekali-sekala kita cuba masakan orang utagha pula.. Jom pekena gulai ikan tenggiri dengan sambal belacan! Rasanya pedaih mak aih tapi marvellous

Masa hidangan: 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Cheese Cake Raya!

alt

Cheese cakes yang dijual di Secret Recipe, Bread story, Strudel's, Baker's cottage dan di kedai-kedai kek yang lain memang sedap dan lazat! Harganya pun 'menarik'. Satu slice sahaja boleh mencecah sehingga rm8. Memang best cheese cakes ni. Best kalau kita dapat buat sendiri dan hidangkan pada tetamu yang hadir ketika hari raya nanti? Ops.. Sempat ke nak hidang kat tetamu ni? :P

Kuih Raya: Cornflakes Pelangi

alt

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba dalam masa seminggu sahaja lagi. Ini bermakna berakhirlah bulan Ramadhan yang penuh keberkatan setelah dilalui selama sebulan.

Rendang Daging Minang

alt

Setelah memaparkan pelbagai resipi untuk dikongsi bersama para pembaca iluvislam.com di laman web ini, saya terfikir pula untuk memaparkan resipi rendang daging minang. Selain sangat enak dijadikan juadah berbuka puasa sebentar lagi, ia juga boleh dihidangkan untuk menjamu para tetamu yang berkunjung ke rumah anda ketika hari raya aidilfitri kelak.

Sangat sesuai dihidangkan bersama lemang dan ketupat, juga sedap dimakan ratah begitu sahaja ataupun dicicah bersama roti kosong. Rasanya yang memikat dan pedas pastinya memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya. Oleh itu sediakan pen dan kertas bersama anda dan mulakan mencatat bahan-bahan dan cara penyediaan resipi ini:)

Daging Salai Masak Cili Padi & Belimbing Buluh

alt

Gemarkan masakan pedas daripada Negeri Sembilan? Oleh sebab ibu saya merupakan anak jati Negeri Sembilan saya sememangnya sudah biasa menjamu hidangan-hidangan Negeri Sembilan ni. Selain daging salai, daging bakar masak santan, lemang, rendang minang, asam pedas semua saya suka!

Tetapi Daging salai masak cili padi ini memang merupakan masakan favourite saya. Rasanya sangat unik kerana dalam pedas-pedas terselit juga rasa masam belimbing buluh/ mangga muda. Fuh mengancam! Ya Allah! Janganlah dikurangkan pahala puasa hamba-Mu ini.. Mari kita try buat dulu untuk buka puasa kejap lagi!

Masa hidangan: 45 minit

Jumlah Hidangan: 6-10 orang

Pancakes gebu @ iluvislam

alt

Sahur @ Mcdonald sepanjang bulan Ramadhan? Sekali-sekala mungkin boleh tetapi jika hari-hari sahur di Mcdonald boleh keringlah poket kita menjelang hari raya nanti. Betul tak kawan-kawan?

Oleh itu lebih baik jika kawan-kawan cuba buat sendiri pancakes ala-ala Hotcakes @ Mcdonald ini. Bahan-bahannya sungguh mudah dan senang didapati. Rasanya memang serupa dengan Hotcakes Mcdonald dan masa pembikinannya cuma 5-10 minit. Bukan sahaja menjimatkan masa tetapi turut dapat memberikan tenaga kepada anda sepanjang hari!

Chocolate Moist Hujan Pelangi

alt

Kek coklat? Sungguh lazat dan menyelerakan! Ia sangat sesuai untuk dijadikan kek harijadi ataupun sekadar untuk dijadikan sajian sampingan ketika membuat majlis rumah terbuka dan majlis-majlis kenduri.

Rasanya yang lembut dan lazat juga merupakan salah satu faktor utama kek coklat sering dijadikan kek hantaran dan hadiah, tetapi, untuk bulan Ramadhan yang mulia ini apa kata anda cuba terlebih dahulu resipi kek coklat ini dan siapa tahu seandainya cubaan anda ini mampu membuahkan hasil yang lumayan? Jadi, anda bolehlah bersedia menerima tempahan-tempahan rakan-rakan, saudara mara dan jiran tetangga. Itupun boleh dikira sebagai rezeki Ramadhan juga kan? $$$

Pasta Carbonara Dan Cendawan

alt

Pasta sememangnya mudah disediakan dan pasti menyelerakan! Spagethi carbonara ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak yang tidak menggemari masakan pedas. Malah ia juga sangat sesuai dihidangkan bersama pasta jenis fettucini ataupun spiral. Kini, tidak perlulah anda berbelanja besar dan pergi ke restoran-restoran mahal untuk menikmati makanan Itali seperti ini! Lengkapkan dengan cendawan butang dan lada sulah untuk rasa yang lebih memuaskan.. Selamat mencuba. Nyum!

Asam Pedas Tumis Keladi

alt

Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Cara hidangannya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Walau bagaimanapun, resepi ini memang tak lekang ditelan zaman. Jangan kata orang Melayu sahaja yang menikmati makanan ini, malahan turut digemari pelancong asing. Jadi, resepi hari ini ialah Asam Pedas Tumis Keladi. Bahan utama boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.  Tak percaya, cubalah sekarang.... selamat mencuba :)

Page 4 of 6