Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 331 Pembaca Online

Halaman: Resepi Muesli Dengan Buah-Buahan Dan Kekacang

Muesli Dengan Buah-Buahan Dan Kekacang

alt

Bagi mereka yang bekerja dan tiada masa untuk menyediakan hidangan berkhasiat untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, hidangan 'Oat Muesli' ini sangat sesuai untuk anda.

Masa yang diperlukan untuk menyediakan hidangan ini amat singkat. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Oleh sebab hidangan ini mengandungi pelbagai jenis buah-buahan, ia bukan sahaja enak, malah berkhasiat! Selamat mencuba!

Bahan-bahan (untuk 1 orang):

  • 1 cawan muesli
  • 2 sudu makan campuran kekacang di cincang (badam, walnut, hazelnut dan bunga mahatari)
  • 2 biji buah kurma – dicincang
  • 1 sudu kecil buah kismis
  • 2 sudu makan buah anggur hijau atau hitam
  • 1 sudu makan madu lebah
  • ½ biji buah epal hijau – dipotong dadu kecil
  • 4 sudu makan buah campuran – dipotong dadu kecil
  • 1 biji jus oren
  • 2 cawan susu segar UHT

 Cara masakan :

01.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga rata.

02.Setelah siap, bolehlah dihias denga hirisan buah strawberry dan daun pudina.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Master Chef Sabri Hassan merupakan seorang chef selebriti yang bertapak di Kuala Lumpur. Beliau pernah dijemput menjadi host rancangan 'Spice Routes' di TV3. Beliau juga telah menulis beberapa buku masakan termasuklah 'Dunia Masakan Chef Sabri' yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Di samping itu, beliau aktif dalam pertandingan memasak dan pernah mewakili negara dalam pertandingan memasak bertaraf dunia - antaranya Pertandingan Masak Dunia di St Gallen Switzerland. Beliau juga merupakan seorang yang pakar dalam seni ukiran ais. Lawati blog beliau di http://chefsabri.blogspot.com/.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!