Pisang adalah antara buah yang sinonim dengan agen pelawas. Ianya mengandungi gizi yang cukup sempurna yang memberi kesihatan kepada tubuh badan kita. Antara kandungan yang terdapat pada pisang antaranya ialah kalori, protein, karbohidrat, serat, kalsium, posfor, zat bezi, vitamin A, B12, C dan mineral.
Lazimnya sajian yang menggunakan pisang menjadi sajian tradisional masyarakat melayu seperti hidangan pisang goreng, pisang lempuk (pisang yang dilenyek dan digoreng bersama tepung), cekodok dan pelbagai nama lain. Bahkan, sajian yang menggunakan pisang juga banyak digunakan di restoran bakery dan di hotel-hotel terkemuka.
Hari ini, iluvislam.com akan menghidangkan roti pisang bercheese. Sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Sesuai untuk mereka yang bujang dan mempunyai selera yang sederhana. Selain jimat malah hidangan ini sangat mengenyangkan. Tidak rugi bagi yang hendak mencubanya.
Bahan-bahan :
- Roti Paun
- Pisang berangan yang masak
- Cheese (1 keping untuk 1 keping roti)
- Jem Kaya
Cara membuatnya :
01.Sapu rata roti dengan jem kaya.
02.Kemudian hiris pisang nipis-nipis dan susun di atas roti yang telah disapu dengan jem kaya
03. Koyak-koyakkan cheese dan letakkan di atas pisang yang di susun di atas roti (tujuannya adalah untuk menghasilkan teksture yang lebih menawan)
04.Akhir sekali, sapukan jem kaya semula di atas cheese.
05.Panaskan ketuhar dengan kepanasan 100 darjah celius selama 5 minit.
06. Selepas itu, masukkan hidangan dengan suhu kepanasan 200 darjah celcius selama 25-30 minit
07. Warna cheese akan berubah keemasan tanda hidangan boleh disediakan.
Selamat mencuba... Pasti berselera. ^_^
Biodata Penulis
Ruhainah Binti Radin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau berkongsi karya di http://jejakaddin.blogspot.com/.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Roti Pisang Bercheese