Strawberi adalah antara buah-buahan yang digemari ramai. Rasanya yang 'masam masam manis' sangat enak dan cukup sedap apabila digandingkan dengan coklat.
Jika sebelum ini anda biasa membeli strawberi bersalut coklat di luar, apa kata kali ini anda cuba buat sendiri hidangan pencuci mulut yang lazat ini. Insya-Allah, hasilnya akan lebih sedap dan comel!
Bahan-bahan :
- Coklat masakan (1 bar)
- Buah strawberi (kuantiti terpulang)
- Lidi kecil (kuantiti bergantung kepada kuantiti strawberi)
- Serbuk cili/paprika (setengah sudu teh)
- Esen vanila (1 sudu teh)
- Icing sugar/kacang hancur/almond hancur/chocolate rice (untuk ditabur di atas strawberi coklat)
*serbuk cili/paprika digunakan untuk memperkaya rasa coklat*
Cara masakan :
01.Bersihkan strawberi
02.Cucukkan strawberi pada lidi dan ketepikan
03.Cairkan coklat dan tambah serbuk cili/paprika dan esen vanila
04.Celup strawberi ke dalam coklat yang telah cair dan taburkan bahan topping ikut citarasa anda
05.Biarkan sejuk di dalam peti sebelum makan. Enak juga dimakan bersama aiskrim.
Biodata Penulis
Siti Nor Effadila Binti Su'aif merupakan pelajar tahun ketiga jurusan TESL di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah dan menjadikan ibunya sebagai ‘role model’ dalam masakan. Gemar bereksperimentasi dengan resepi dan percaya makanan halal ialah makanan perut dan minda. Beliau berkongsi resepi di http://dapurcikeffa.blogspot.com/ dan profil Facebook beliau di KelentangKelentungKualiku: Halal Food Passion.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Strawberi Coklat Comel Comel 