Musim panas ini memang best kalau dapat makan makanan yang sejuk. Selain daripada makan ais krim, apa kata anda cuba makan 4 layers trifle. Satu suapan makanan ini bukan sahaja sedap tetapi juga menyegarkan!
Kalau nak makan 4 layers trifle ini anda tak perlu beli di kedai. Cuba sahaja resipi di bawah. Semoga berjaya, insya-Allah.
Bahan-bahan :
- Butter cake/sponge cake
- Krim keju (Philadelphia)
- Susu rendah lemak
- Gula kastor/gula aising
- Buah kiwi/strawberi
- Coklat masakan (dark chocolate)
- Serbuk koko
- Esen vanila
Cara masakan :
01.Potong butter cake dalam bentuk kiub (saiz bergantung pada saiz bekas hidangan yang digunakan)
02.Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dengan sedikit susu rendah lemak (jangan terlalu cair), gula kastor dan esen vanila sehingga kembang
03.Cairkan coklat masakan
04.Potong buah kiwi/ strawberi kecil-kecil
05.Di dalam bekas hidangan (gelas lutsinar lebih cantik), susun bahan-bahan yang telah disediakan tadi secara berlapis. Pertama, susunkan butter cake sebagai asas. Kemudian, sapukan campuran krim keju. Tuangkan coklat cair sebelum susun buah. Ulang langkah tadi sehingga penuh bekas hidangan. Pastikan lapisan teratas ialah lapisan krim keju. Simpan di dalam peti sejuk antara 30 minit ke sejam. Taburkan serbuk koko sebelum hidang.
Biodata Penulis
Siti Nor Effadila Binti Su'aif merupakan pelajar tahun ketiga jurusan TESL di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah dan menjadikan ibunya sebagai ‘role model’ dalam masakan. Gemar bereksperimentasi dengan resepi dan percaya makanan halal ialah makanan perut dan minda. Beliau berkongsi resepi di http://dapurcikeffa.blogspot.com/ dan profil Facebook beliau di KelentangKelentungKualiku: Halal Food Passion.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
4 Layers Trifle