Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 20 Mei 2013

 297 Pembaca Online

Halaman: Resepi Kek Batik Iluvislam

Kek Batik Iluvislam

alt

Teringin untuk makan Kek Batik? Anda tidak perlu lagi tunggu sehingga bulan Ramadhan untuk mendapatkannya di bazaar kerana anda boleh menghasilkannya sendiri di rumah anda.

Cubalah resipi khas Kek Batik kami di bawah ini. Insya-Allah, rasanya sangat sedap. Semoga berjaya!

Bahan-bahan :

  • 2 bungkus biskut Marie (setiap satunya dipecah empat)
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 Buttercup kecil (250g)
  • 6 sudu serbuk koko
  • 6 sudu serbuk Milo

 Cara masakan :

01.Mula-mula, cairkan buttercup, setelah itu matikan api

02.Selepas itu, pukul telur seperti telur dadar

03.Kemudian, campurkan kesemua bahan (kecuali biskut Marie) ke dalam kuali

04.Seterusnya, buka api sederhana dan kacau bahan-bahan di dalam kuali tadi sehingga sebati dan sampai kenyal dan nampak berkilat. Setelah itu, matikan api

05.Selepas itu, masukkan biskut Marie ke dalam kuali tadi dan gaul sampai rata

06.Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik plastik supaya mudah untuk dipotong

07.Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama yang dirasakan cukup




Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!