Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 416 Pembaca Online

Halaman: Resepi Iluvislam Royal Cheesecake

Iluvislam Royal Cheesecake

alt

Anda suka makan cheesecake? Selalu makan cheesecake di Kedai Secret Recipe sahaja? Apa kata jika anda cuba resepi cheesecake ini.

Cheesecake amat digemari oleh golongan tua mahupun muda. Cara pembuatan cheesecake sebenarnya mudah sahaja, malah kita boleh lakukannya sendiri mengikut kreativiti. Oleh itu, Selamat Mencuba!

Bahan-bahan :

  • 250g cream cheese
  • 200ml fresh cream/plain yogurt
  • 90g gula
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • jus lemon

 Cara masakan :

01.Mula-mula, Panaskan oven 170 degree dan sapukan loyang dgn butter

02.Kemudian, Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar. Kisarkan ia sehingga menjadi lembut

03.Seterusnya, Masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam loyang dan bakarkan ia selama 30 hingga 45 minit

04.Akhir sekali, apabila kek masak, sejukkan ia dan simpan ke dalam peti ais semalaman(Anda juga bolehlah menyapu jem strawberry/bluberry/ atau oreo yang telah dikisar di atas permukaan kek)




Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!