Versi: Bahasa Melayu

Jumaat, 24 Mei 2013

 303 Pembaca Online

Halaman: Resepi Bubur Keledek

Bubur Keledek

bubur

Bahan A

200 gram keledek oren

200 gram keledek kuning

1 cawan isi jagung

1 ½ cawan gula pasir

2 cawan air

1 tin susu cair

3 helai daun pandan [koyak dan simpulkan]

Garam secukupnya

Cara Membuat

1. Keledek dikupas dan potong dadu kasar. Basuh dan tuskan.

2. Masukkan keledek, jagung, dan air dalam periuk. Masakkan sehingga keledek lembut.

3. Masukkan gula, garam, daun pandan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.

4. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masakkan lagi sambail mengacau sehingga naik wap.

5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk.

6. Hidangkan.

- Artikel iluvislam.com

Chef Hanieliza merupakan penulis buku masakan terkenal di Malaysia. Antara buku terkenal beliau adalah resipi Senangnya Memasak dan 365 Resipi, Satu Hari Satu Resipi Istimewa Chef Hanieliza



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!