Versi: Bahasa Melayu

Jumaat, 24 Mei 2013

 277 Pembaca Online

Halaman: Resepi Ayam Percik Kesuma Dewi

Ayam Percik Kesuma Dewi

ayam

Bahan A

8 keping paha ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 batang serai [ketuk]
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar rempah kurma
3 keping asam geluugor
Garam secukup rasa

Bahan B [Mesin Halus]

10 tangkai cili merah
1o tangkai ciliapi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat
1. Ayam dibersihkan dan kelar sedikit.
2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga naik minyak dengan api sederhana.
3. Ambil ayam dan letakkan diatas jaringan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C [api atas bawah] selama 30 minit
5. Masakkan kuah yang lebih sehingga naik minyak dan pekat.

Chef hanieliza adalah penulis buku resipi terkenal di Malaysia. Beliau menghasilkan buku Satu Hari Satu Resipi: 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza. Selain itu beliau menghasilkan buku Senangnya Memasak bersama PTS. Layari blog beliau di http://hanieliza.blogspot.com/search/label/Ayam.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!