Versi: Bahasa Melayu

Ahad, 19 Mei 2013

 394 Pembaca Online

Halaman: Resepi Biskut Suji Zaara

Biskut Suji Zaara

alt

Pernah makan Kuih suji tak? tahu tak kuih suji tu apa?Untuk ruangan resepi iluvislam.com kali ini, kita akan berkongsi resepi turun-temurun kuih suji  daripada blog Zaara. Kalau nak tahu, resepi kuih suji dari blog Zaara ni merupakan resipi biskut suji resipi yang diwarisi daripada nenek Zaara yang berketurunan pure Hindustan Muslim. Special kan??

Bahan-bahan :

  • 500 g Minyak sapi(biasanya Zaara guna brand GHEE)
  • 450 g (biasanya Zaara kurangkan sedikit) Gula halus
  • 750 g Tepung gandum
  • Telur  2 biji
  • Soda bikarbonat = ¾ camca teh

 

 Cara masakan :

Apa yang membezakan kuih suji ini daripada kuih suji yang lain ialah..Huhu..mari kita lihat caranya 

01.Tepung gandum digoreng sehingga  singgan (kering tetapi bukan sehingga hangus..hihi J..lebih kurang ala-ala cara membuat kuih bangkit).<---

02. Ayak tepung yang telah digoreng tadi.

03. Minyak sapi dipanaskan sehingga cair.

04.. Masukkan minyak sapi yang telah dipanaskan tadi ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati. Biarkan ia sejuk. (Pastikan gula tersebut betul-betul larut)

05. Sementara itu, telur dipukul sedikit. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul itu ke dalam adunan minyak sapi dan gula tadi. Kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.

06. Masukkan tepung yang telah siap digoreng serta bikarbonat.

07. Kacau dan uli adunan tersebut sehingga menjadi doh.

08.Perap seketika.

09. Gentel dan susun di dalam loyang.

10.Bakar dengan suhu 180 ◦c dengan masa lebih kurang 10-15 minit.


- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Ummu Hani Merupakan Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.Beliau berkongsi karya di http://zaarasopheahayat.blogspot.com/.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!