Versi: Bahasa Melayu

Selasa, 22 Mei 2012

 519 Pembaca Online

Halaman: Resepi Daging Salai Masak Cili Padi & Belimbing Buluh

Daging Salai Masak Cili Padi & Belimbing Buluh

alt

Gemarkan masakan pedas daripada Negeri Sembilan? Oleh sebab ibu saya merupakan anak jati Negeri Sembilan saya sememangnya sudah biasa menjamu hidangan-hidangan Negeri Sembilan ni. Selain daging salai, daging bakar masak santan, lemang, rendang minang, asam pedas semua saya suka!

Tetapi Daging salai masak cili padi ini memang merupakan masakan favourite saya. Rasanya sangat unik kerana dalam pedas-pedas terselit juga rasa masam belimbing buluh/ mangga muda. Fuh mengancam! Ya Allah! Janganlah dikurangkan pahala puasa hamba-Mu ini.. Mari kita try buat dulu untuk buka puasa kejap lagi!

Masa hidangan: 45 minit

Jumlah Hidangan: 6-10 orang

Bahan-bahan  :

  • 1 kg daging (disalai dan dipotong nipis)
  • 10 biji cili padi (dikisar)
  • 2 sm kunyit hidup (dikisar)
  • santan kelapa (santan daripada 1 biji kelapa)
  • 1 biji mangga muda (dihiris nipis) atau beberapa biji belimbing buluh
  • garam secukup rasa

Cara masakan :

01.Kecutkan daging salai di dalam periuk dengan cili padi dan kunyit hidup yang dikisar sampai airnya kering.

02.Setelah itu masukkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyaknya. Biarkan mendidih seketika.

03.Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan mangga muda ataupun belimbing buluh.

04. Biarkan ia masak dan angkat.

Selamat mencuba resipi ini :)



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!