Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 127 Pembaca Online

Halaman: Perkahwinan

Perkahwinan

Bila Sudah Tertulis, Kau Tetap Jodohku

alt

"Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.

Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.

Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

Hutang Suami Kepada Isteri

alt

Setelah beberapa tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan berkongsi ilmu dalam beberapa 'ceramah', isu yang selalunya timbul apabila membicarakan tentang poligami adalah isu mengenai nafkah.

Dalam sebuah kuliah yang saya hadiri, ada seorang muslimat bertanya, "Puan, boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?"

Keluarga : Anugerah Paling Bermakna

altDalam banyak-banyak anugerah Allah, anugerah keluargalah yang paling bermakna dalam diri saya. Saya sayang mak dan arwah abah kerana redha Allah ke atas saya bergantung ke atas redha mereka terhadap saya. Saya amat sayang isteri saya kerana beliaulah yang sentiasa bersama saya, menjadi tulang belakang ketika susah dan senang. Saya juga terlalu sayang dengan anak-anak saya, kerana mereka adalah pelaburan tetap saya untuk hari akhirat. Mereka jugalah penghibur hati saya ketika duka.

Indah Penciptaan Adam Dan Hawa

altPernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Relakan Perpisahan Itu

altPernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi "manusia lain"? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.

Tidak Ku Pinta Mahar Yang Tinggi

altSayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.

Jerami Poligami : Hakikat, Fitrah, Mitos dan Fakta

alt

Sebuah topik hangat yang kitarannya masih belum selesai sehingga kini, dan ianya pasti akan kekal sedemikian keadaannya, selagi mana fitrah kejadian lelaki dan wanita yang nyata diciptakan Allah S.W.T berbeza dari pelbagai sudut.

Jikalau bercakap tentang perihal poligami, semestinya kita akan melihat kepada jantina penulisnya. Jika penulis berjantina lelaki, selalunya mereka akan memperkatakan berkenaan hukum-hakam poligami, dan membawakan dalil-dalil yang kukuh dari Al-Quran dan sunnah berkenaan bolehnya seorang lelaki berpoligami. Mereka juga akan membawakan beberapa sindiran berkenaan kecilnya pemikiran seorang wanita, dan ketidakmampuan mereka untuk memahami poligami.

Bersatu Semula Di Syurga..

alt

Desir pantai mengalun ombak, tiupan angin yang menyapa mengurai jilbab hijauku. Kanak-kanak kecil riang berkejaran. Sesekali mengelak ombak yang memikul pantai tanpa diundang.

 Tiba-tiba tangisan sang anak menjerit meminta simpati rakannya,"Istana kita runtuh. Ombak buat" seraya itu, tangannya ditarik sang rakan mengajaknya membuat istana ditempat baru. Jauh sedikit dari gigi pantai. Bendera kecil bewarna merah akhirnya diletakkan di puncak istana . Mereka gembira melompat-lompat bertepuk tangan. Hasil dari usaha tanpa jemu.

Alam Rumahtangga

altSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi".

Kalau Nak Bidadari, Tunggu Di Syurga Nanti..

altUmmi   : Mat... kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi? Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai.... (senyum malu)

Page 10 of 18