Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 313 Pembaca Online

Halaman: Perkahwinan

Perkahwinan

Lelaki Dan Wanita Perlu Saling Memahami

altDalam artikel lepas, kami mengemukakan satu situasi antara Budin dan Hana. Memang kadang-kadang perselisihan faham antara suami isteri berlaku, walau pun dengan alasan yeng remeh. Masalah-masalah seperti tidak sangkut kain pelekat, kopi kurang gula, lupa tutup suis lampu pun boleh jadi punca 'perang' suami isteri. Selain faktor gagal mengawal kemarahan, tidak ada kesabaran, mulut laser, dan lain-lain, kami mahu melihat pula dari sudut lain. Sudut perbezaan antara jantina, seorang lelaki dan seorang wanita.

Lelaki! Wanita Mahukan Perhatian, Bukan Cadangan Penyelesaian

altSeperti hari-hari kerja lain petang tu Budin balik keletihan. Tergambar dalam fikirannya, sofa empuk, atau katil lembut untuk dia landing. Terbayang juga kopi o panas atau teh ais terhidang bersama-sama karipap gulung kegemarannya. Dia masuk dan terus disambut dengan senyuman isterinya, Hana. Tapi, senyuman Hana tak semanis biasa. Nampak kelat sedikit. Ah, tak kisah lah, fikir Budin.

Syukur, kopi o dah ada. Dia minum, sambil membelek-belek surat khabar. Ada berita yang belum sempat dibaca. Hana membuka mulut. Rupa-rupanya ada masalah di pejabatnya tadi.

Bersediakah Anda Menjadi Suami?

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.

Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.

Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.

Setia dan Sedia Dalam Ikatan

alt"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.

Bersangka Baik Demi Cinta 2

altIngat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, "sekarang!" Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, "bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil." Dengan berkata demikian kita telah 'membunuh' potensi hari ini.

Bersangka Baik Demi Cinta 1

altUsia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, "saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?"

"Teruskan perkahwinan," jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: "Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!"

Rumahku Syurgaku

altSemua mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan ceria terangkum dalamnya. Hal ini dilukiskan dalam sebuah harapan, 'Rumahku Syurgaku'.

Syurga tidak disediakan Allah untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah.

Pada awal penciptaannya, iblis bapa syaitan tinggal dalam syurga. Disebabkan sikap iblis yang sombong dan bongkak, maka Allah melaknat dan menghalaunya dari syurga berdasarkan firman-Nya bermaksud:

Perkahwinan Mithali

alt"Ooi! Lan! Apa dok khayal tu?" Husin menyapa Roslan dari belakang.

"Oh! Engkau Sin. Husin, agak-agak laaa, boleh tak famili aku nanti jadi macam tuu..." Tanya Rahman sambil menunding ke arah sepasang suami isteri bersama tiga orang anak bermain-main mesra di taman.

"Ahh, boleh, apasal pulak tak boleh, tapi ada syarat!"

"Syarat apa lak?" Tanya Roslan

"Syaratnya kau kena laa rajin gi surau, he he he," jawab Husin separuh bergurau.

Pemerhati Sunyi

altDalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian.

Mas Kahwin: Senaskah al-Quran

Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.

Page 8 of 18