, ,

Perkahwinan itu amanah yang berat

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرٗا كَثِيرٗا  ١٩

…. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. -QS An-Nisa’: 19

Banyak kes perceraian berlaku di kalangan orang Islam sedangkan di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat tentang bagaimana membina sebuah rumah tangga yang harmoni yang Allah cerita panjang lebar.

Tetapi, ramai orang islam hanya tahu mengucapkan ‘saya terima’ iaitu mengambil perempuan sebagai isteri, amanah dari Allah. 

Dikatakan amanah dari Allah kerana yang menikahkan perempuan itu walinya, bapanya atau sesiapa saja atau wali hakim. 

Pernikahan itu merupakan penyerahan amanah dari Allah kepada ayahnya kepada orang yang dipertanggungjawab. 

Jadi lelaki yang dipertanggungjawabkan menerima isteri telah menerima amanah dari Allah dan dia bertanggungjawab kepada Allah.

Bukan hanya di dalam memberi nafkah makan dan minum atau nafkah batin, tetapi nafkah tarbiyah, pendidikan untuk menjadi seorang wanita solehah.

Jangan hanya melihat soal dunianya tanpa menghiraukan pergaulannya, auratnya, solatnya. 

Jangan menjadi seperti orang yang dikatakan baginda sebagai seorang yang dayus.

Siapakah itu dayus wahai Rasullullah?

وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخَبَثَ

Orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya.

Rasullullah menggambarkan perkara ini ialah:

1. Amanah dari Allah

2. Wasiat dari Rasulullah

Apa yang lebih dari dua ini?

استوصوا بالنساء خيرا

Saya berwasiat kepadamu wahai suami terhadap isteri-isteri kamu untuk kamu berbuat baik (memberikan apa yang telah ditentukan hukum-hakam untuk mereka).

Dalam hal ini, Allah memberikan nama kepada ikatan akad:

وأخذن منكم ميثاقا غليظا

Sudah diambil dari kamu (satu janji dan sumpah yang berat.)- QS AN-NISA': 21

Dapatlah difahami bahawa isteri itu amanah dari Allah yang dipertanggungjawabkan dijaga oleh suaminya dan perkahwinan juga merupakan amanah. 

Maka, orang yang telah mendirikan rumah tangga mestilah menjaga amanah ini, amanah terhadap perkahwinan dan isteri.

Rujukan:

Cocombee, Perkahwinan itu Amanah Yang Berat..

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=1rVhivzwM1c
Al-Qur'anul Karim, Surah An-Nisa' : 19 & 21