Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 323 Pembaca Online

Halaman: Ibu Bapa

Ibu Bapa

Rahsia Mendapat Anak Yang Soleh

alt"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami  isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam  bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]

Ibu Bapa ku Kawan Karib ku

altJika anak anda mempunyai masalah, siapakah orang pertama yang dia akan jumpa?
Adakah anak anda selesa menceritakan masalahnya kepada anda?
Atau, dia lebih selesa menceritakan kepada kawan-kawannya?
Siapakah pula orang pertama yang dia akan ceritakan perasaan gembiranya?
Andakah selaku ibu bapa atau kawan-kawannya?

Persoalan ini adalah antara yang kami selalu tanya pada diri sendiri bagi mengukur tahap penerimaan anak-anak terhadap kami selaku ibu bapa. Buat masa ini Farhah dan Muslih masih belum mencapai usia remaja. Bila mereka mencecah umur belasan tahun, persoalan-persoalan di atas perlu menjadi persoalan harian, agar kami tidak leka dalam memahami gelodak perasaan mereka.

Lewat Kahwin Jangan Dicerca

altPada tahun 2004, semasa saya menulis buku pertama mengenai orang bujang, perangkaan menunjukkan pada tahun 2000 daripada 23 juta rakyat Malaysia, 13.2 juta belum pernah berkahwin (anggaran 7 juta lelaki bujang dan 6 juta wanita bujang). Saya cuba mendapatkan statistik terkini, tetapi belum ada. Pastinya statistik itu semakin meningkat apabila penduduk Malaysia meningkat (kini penduduk Malaysia melebihi 28 juta orang).

Antara Tenaga Lelaki Dan Wanita

altAlhamdulillah telah lebih sebulan saya terpaksa memikul tugas serentak sebagai seorang ibu dan ayah kepada 3 orang anak lelaki kami. Sebagai seorang bapa, 'memangku' tugas seorang ibu memang amat mencabar kesabaran saya. Apatah lagi dengan usia anak-anak yang masih kecil dan agak rapat usia mereka.

Lambat Dapat Zuriat - Adakah Mandul?

altSaya berusia 29 tahun dan mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan namun masih belum ada tanda hamil.

Saya mengalami masalah angin yang banyak dalam badan terutama pada ulu hati dan perut tetapi sukar untuk mengeluarkan angin itu. Adakah masalah angin terlalu banyak di dalam badan menyebabkan saya sukar mendapat zuriat?

Latih Anak-Anak Berfikir Positif

altKadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya.

Ibu bapa masakini terlalu berlumba-lumba untuk melihat anak mendapat keputusan peperiksaan yang boleh membanggakan mereka, atau sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka bila ditanya oleh kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga.

Faedah Susu Ibu

altIslam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Anak-Anak Perlu Disayangi

altTiadalah yang paling mengguris emosi saya setiap kali membaca berita di tanah air melainkan paparan bayi dibuang ibu. Percaya atau tidak, hampir setiap hari ada sahaja berita tentang jenayah "binatang buas" ini. Bertahun-tahun lamanya saya tinggal di "negara bukan Islam" tetapi saya tidak pernah sekalipun terbaca berita seumpama ini.

Konsep GIGO

Apakah GIGO? altGIGO ni amat penting dalam kehidupan kita sebagai hamba ALLAH yang sentiasa inginkan kebahagiaan dalam  hidup. Dimana letaknya kebahagiaan hidup sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini? Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kebahagiaan masing-masing juga terletak pada cara yang berbeza. Namun sedarkah kita dalam mencari kebahagiaan itu perlu disertakan dengan redha. Apa yang kita lakukan jika disertakan dengan redha ALLAH maka kita akan bahagia dan yang paling penting redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Jadi jangan sesekali membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan.

Cara Paling Bijak Mendidik Anak Menjadi Penyabar

altTentunya anda pernah terbaca pelbagai kaedah untuk mendidik anak menjadi seorang yang penyabar. Namun ada satu cara yang diakui semua pakar sebagai Cara Terbaik, Paling Bijak dan Paling Efektif untuk mendidik anak menjadi seorang yang penyabar. Cara ini namanya Role Modeling. Role Modeling bermaksud menjadikan diri anda sebagai contoh atau model untuk ditiru oleh anak anda.

Page 9 of 13