Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 18 Mei 2013

 379 Pembaca Online

Halaman: Ibu Bapa

Ibu Bapa

Menantumu Mertuamu

alt"Mama letihla uteh.."
"Semua anak-anak mama tak nak dengar isi hati mama.."
"Bila anak-anak mama balik boleh naik darah tinggi mama ni.."

Pelbagai ungkapan kata-kata daripada mulut mungil mama kudengar semenjak aku pulang daripada bercuti. Mama mama. Rindu sebenarnya mahu mendengar celoteh seorang ibu ini, sebab itulah aku mengambil keputusan tidak mahu mencari kerja sambilan pada cuti semester ini seperti cuti-cuti yang lalu, ditambah lagi dengan kesibukan pelbagai program yang aku ikuti menyukarkanku sekiranya aku bekerja sambilan. Untuk mengelakkan kebosanan, aku duduk di rumah sambil melayan karenah adik-adikku yang masih kecil juga anak saudaraku yang masih merah di buaian.

Permainan Video: Lebih Banyak Membawa Keburukan.

alt

Seorang kanak-kanak lelaki berusia di dalam lingkungan umur 4 tahun sedang begitu asyik bermain permainan video di Iphone bapanya. Sesekali dia terjerit-jerit. Mungkin kerana dia kalah atau mungkin juga dia menang.Manakala si bapa di sebelah begitu asyik menikmati makanan ringan restoran yang mereka kunjungi itu.

Managing Kids At This Time

altWhen discussing about managing children, the young mothers are often compared to their mothers or grandmothers, and how they were able to cope with even more children like 8 or even 12, yet without maids. I am referring to the situation in Malaysia where most families those days were big families.

Surat Cinta, Suara Cinta

altBukan sekali dua, bahkan telah banyak kali dia memberi saya kad atau surat cintanya. Akan tetapi tidak satu pun yang saya balas. Seingat saya, saya hanya pernah memberi kad ucapan tahniah atas kejayaannya. Itupun, sudah lama dulu. Oh, ya. Juga kad sempena ulangtahun kelahirannya tahun lepas. Sudah lama rupanya saya membiarkan kad dan surat cintanya tanpa balasan.

Anak-Anak dan Pengaruh Kawan

alt"Wow, banyak giler..." kata Muslih ketika melihat kakaknya melukis sesuatu. Perkataan 'giler' tu tak pernah saya guna untuk ekspresi begitu. Kini Muslih banyak gunakannya, berserta istilah-istilah slanga lain yang kami tak gunakan di rumah. Saya yakin, Muslih 'belajar' dari kawan-kawannya. Memang penggunaan perkataan tu tak mendatangkan apa-apa kesalahan. Cuma saya terfikir, betapa pengaruh kawan agak kuat untuk anak sekecil Muslih. Ini membuatkan kami perlu lebih beringat dan berhati-hati agar pengaruh yang tak elok tidak menjalar dalam rumah kami.

Tarbiyah Islamiah dan Institusi Keluarga

alt

Selepas membaca buku karangan Ridhuan Mohd Nor yang bertajuk Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna, saya berfikir sejenak apabila di akhirul kalam penulis, beliau mengatakan bahawa faktor genetik cukup mengesankan dalam menghadirkan seorang pejuang yang menoreh sejarah, malah disekalikan dengan faktor lingkungan persekitaran seseorang itu membesar. Ini merujuk kepada bagaimana Hassan Al Banna sendiri yang membesar dengan didikan agama dan kemuliaan ajaran sejak dari kecil lagi.

Muslimah Pencetus Muslimin Bertaqwa

alt"Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya di akhirat. Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang ada pada Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah."

Pakar Pun Boleh Silap

altSaya ingin ceritakan kepada anda perihal seorang sahabat kecil saya bernama Adam.

Adam berumur sebelas tahun dan suka menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Di situlah saya sering menemuinya. Gerak-gerinya perlahan tetapi serius apabila makan. Dia begitu berhati-hati supaya cebisan makanan tidak berselerak jatuh ke ribanya. Saya pernah menghadiahkan kepada Adam senaskhah buku Horrible Science: Blood, Bones and Body Bits, sebuah buku yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Inilah catatan yang saya lakarkan di dalam lipatan kulit muka buku tersebut:

Ibu bapa Terlalu Sibuk dan Anak Yang Terabai

altIbu bapa yang amat sibuk

Dalam siri pada bulan ini, kita akan membicarakan faktor pertama, iaitu kesibukan ibu bapa hingga gagal mendidik anak. Menurut Abdullah Nasih, antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah, atau Pasti.

Kisah Seorang Muazzin

altAda seorang pemuda yang tugasnya setiap waktu melaungkan azan di sebuah masjid. Pemuda ini kemudian berpindah ke Amerika dan menyewa hostel di sana. Bermulalah kehidupan barunya sebagai seorang penuntut. Biarpun berpengalaman sebagai muazzin, dia tidak pula cuba untuk meneruskan peranan ini di tempat tinggal barunya.

Suatu hari, pintu biliknya diketuk. Bila dibuka, rupa-rupanya beberapa orang kawan barunya menanti. Mereka mengajak pemuda tersebut untuk bermain bowling. Pada mulanya pemuda itu menolak, namun setelah puas dipujuk, dia pun bersetuju.

Page 8 of 13