Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 18 Mei 2013

 313 Pembaca Online

Halaman: Karya

Karya

Sedetik Cuma

alt

Huluran salam ikhlas darimu ku sambut mesra
Hatiku berbunga tatkala dilamar menjadi sahabatmu
Sedetik kalam hati kecilku berbicara ria
Apalah adaku yang bisa menarik dirimu.

Dia Sang Merak

alt

Terjungkit-jungkit bahu Leman di hadapan tingkap yang agak tinggi daripada ketinggiannya. Biarpun sudah berusia 21 tahun, namun fizikalnya tidak menggambarkan usianya. Leman anak muda yang menjadi pekerja di rumah agam yang serba mewah ini, besarnya rumah agam ini bukan kepalang, halamannya mahu juga sebesar padang golf.

Pemilik Hati Suci

alt

Melihat hujan turun dengan berdendangkan lagu
Hati kita turut berbunga
Menari dengan tarian tanpa arah
Cuba untuk mencapai pelangi
Hingga terlupa bila hujan ini berakhir

Syukur Syawal

alt

Sejak bila hati menangis
Mengenang maaf yang tak pernah tertulis.

Jiwa ini mampu bercerita
Seribu janji seribu nada
Ilham pembuka tinta berbicara
Syukur syawal empunya cereka.

Hidup Mewangi

alt

Tika itu, cuti semester universiti bermula, sebelum semester akhir menjelma. Saya seperti biasa sudah semestinya pulang ke rumah. Pulang menjenguk ibu. Rasa belas saya buat ibu tak pernah surut.

"Awak Terlalu Cantik Untuk Saya"

alt

AKU masih termenung. Skrin komputer riba aku tatap dalam. Aku cuba perah ayat-ayat supaya keluar dari otak. Tiada. Aku tatap lagi skrin. Terasa kosong. Jenuh otak memikirkan ayat-ayat sebagai mukadimah diri. Di luar suasana mula redup. Bahang matahari tadi sudah bertukar sejuk. Angin mula bertiup bila dahan halus mula meliuk lentuk ditempuh angin. Mata beralih pula ke arah skrin.

Ratapan Kasih Amarah Ibu

alt

Deraian hujan berguguran deras mengalir membasahi hamparan bumi
Sederas air mataku yang bercucuran meratapi sebuah kepiluan
Mengenang titik noda yang pernah ku coretkan padamu
Kekhilafan yang tidak pernah terlintas untuk direncanakan
Yang sudah pasti ianya lembaran ujian dariMu Ilahi Rabbi
Yang akhirnya membawa seribu pnyesalan yang tidak terperi

Aku dan Selepas Ramadan

baby

Pada hening malam tak berbintang ini
Aku sendiri lagi
Perit kutitiskan dari kelopak redup renungan sepi
Kupaksa sedaya tenaga merembes butir-butir hibanya
Namun sedikit saja ia tumpah pada sejadah lusuh yang ku punya.

Ahmad, Budak Jalanan

baby

Ahmad tangkas menyelinap di celah-celah orang ramai yang sedang membeli-belah di Pasaraya Orbital, Jakarta. Dia tersenyum puas kerana baru sahaja menyelesaikan 'misi'nya dan mendapat 'habuan' dari 'misi'nya itu.

Page 6 of 52