Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 20 Mei 2013

 226 Pembaca Online

Halaman: Karya

Karya

Oh Indahnya Pelangi

altPetang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak  di selatan tanah air semenanjung Malaysia.

Kita Berbeza Di Bawah Langit Yang Sama

altKopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. 

Mendongak ke Langit Ilahi

altDalam kegelapan malam,
Sunyi,
Sepi.

Ku pandang langit-Mu Ilahi,
Subhanallah,
Kepul-kepul awan berarak di kala sepinya malam,
Sentiasa bertasbih kepada-Mu,
Sujud kepada kekuasaan-Mu.

Ibu dan Ayah

alt

Ibu,
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.

Terus Berdarah

alt"Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul?" Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.

"Sejak bila?"Abbas memandang tepat ke langit.

"Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa," Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.

Pengorbanan Seorang Ibu

altPada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya, Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya.

Aku Mahu Berubah

altYa Allah.. Syukur di atas Nikmat pancaindera-Mu

Dengan penglihatan
Aku dapat melihat segala kekuasaan-MU,
Mengagumi segala kebesaran-Mu

Namun..

Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba.

Jagalah Perasaan Mama Dan Papa

altBila syaitan membisik
ke dalam hatimu,
bila syaitan meniup
ke dalam telingamu,
bila syaitan menggoda
ke dalam nafsumu,
terbitlah perasaan marah.

Bertudung vs Berfesyen

altMenutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat, di akhirat hebat.

Page 36 of 52