
Jika esok masih ada
Akan ku sujud padamu

Aku ibarat pelangi petang ditelan senja
Malapnya aku tiada bermakna... tapi aku terus mencari baki bahagia yang tercicir dikala suka
Supaya tidak ku sunyi diwaktu duka...

Kasih seorang ayah jelas terpancar dengan ungkapannya, "Fatimah sebahagian daripadaku. Siapa yang menyakitinya beerti menyakitiku." (HR Bukhari).
Bersyukurlah Abi Haura' dan Thorfina mencontohi kewibaan Rasulullah SAW dalam mencintai puteri-puteri baginda.
Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.
Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.
Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.
Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.
Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?
Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.
Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.
Syarat ta'liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaikNabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.
Aku lebih rela menjadi Fatimah.
-Fatimah Syarha Mohd Noordin-
Temui penulis ini di Konvensyen Bidadari Dunia 2012. Konvensyen Bidadari Dunia berlangsung pada 24 dan 25 Mac di PICC, Putrajaya. Layari www.bidadaridunia.com bagi mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.
Puisi Hasil nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Beliau merupakan penulis novel tauhid. Terbaru beliau menghasilkan novel Sebarkan CintaMu terbitan PTS. Beliau juga menulis di http://sebarkanbahagia.blogspot.com

Hari ini
Sejumlah daripada takdir
Telah kita kunyah dan telan
Atau mungkin juga
Kita memilih untuk
Meluahkannya
Assalamualaikum..
Buat Nisa yang berjaya
Membuka kunci di hati ana
Untuk ana jadikan dirimu sebagai zaujah..
Penyeri hidup yang akan sentiasa
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Sayu bertandang lagi..
Menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai..
Sepi itu datang,
Wahai hati, cuba bersabarlah,
Episod semalam
Melakar kenangan
Terindah
Duhai yang bergelar
Sahabat
Taman ilmu yang
Telah berlalu
Bersama naungan
Kasih guru