Versi: Bahasa Melayu

Khamis, 23 Mei 2013

 215 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Ijtihad Cinta Ramadan

Ijtihad Cinta Ramadan

baby

Bersyukurlah wahai hati...
Andai mulut terkunci rapi 
Perihalkan ibadat diri
Mencintai Maha Ilahi
Seorang diri
Pada malam hari.

Bersyukurlah duhai hati...
Kerna amarah dalam jeriji
Kemas, ketat terkunci mati
Dikutuk mendoakan kembali 
Dihina dibalas dengan budi
Diburuk sangka dalam hati
Direndam bersama diamnya sepi.

Bersyukurlah...
Anggota bersalut taqwa
Sunnah bermanja bahagia
Kalam mulia menusuk jiwa
Qalbu sentiasa berair mata
Tak mahu lekang cerita cinta 
Antara hamba setia bersama Pencipta
Dia yang Maha Esa.

Namun bersedihlah hati...
Kerna Ramadan telah pergi
Meninggalkan jiwa yang sudah sunyi
Dari jalan baik merantai nafsi keji
Dari wajah tenang mengintai Lalatul Qadri.

Tetapkan ijtihad diri...
Di hadapan hari menanti
Masih ada sebelas kan silih berganti
Menguji dan terus menguji
Sejauh mana malaikat melekat di hati 
Sebersih mana iblis dipenjara lagi.

Akan ada yang terus berbahagia...
Akan ada yang terus kembali durhaka 
Demi hanya yang ikhlas sahaja
Bisa butuh syurga dan redha.

Dari Allah Pemilik Ramadhan yang mulia
Dari Allah, Tuhan-Mu yang menyentuh jiwa 
Mengalirkan air mata saat malam-malam bahagia 
Maka ayuh bercinta terus bercinta
Berusaha dan terus berusaha
Menutup lubang-lubang mazmumah dalam jiwa 
Walau Ramadan telah meninggalkan kita!!

- Artikel iluvislam.com

 

Biodata Penulis

Fadhlul Rahman merupakan salah seorang graduan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sedang mencipta harapan dalam senibina. Berkongsi karya di http://www.doasepi.blogspot.com/



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!