Versi: Bahasa Melayu

Khamis, 23 Mei 2013

 241 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Merindui Ramadan

Merindui Ramadan

alt

Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa

Duhai Ramadan...
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan

Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang

Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa

Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nor Rafidah Binti Khairuddin merupakan graduan dari Univesiti Sains Malaysia. Menulis karya-karya puisi sebagai cara untuk mengekspresikan perasaan dan hasil-hasil puisi adalah sebagai tanda kesyukuran beliau kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberi. Beliau berkongsi karya di rafidahkhairuddin@blogspot.com



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!