Versi: Bahasa Melayu

Selasa, 21 Mei 2013

 401 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Bunga Yang Muram

Bunga Yang Muram

alt

Bunga yang selalu segar di mata orang

hari ini dia muram

hari ini dia layu

hatinya mati

jiwanya mati

seolah-olah tiada pengharapan lagi baginya

seolah-olah tiada bahagia lagi baginya.

 

Dia tidak sedar yang Allah sayangkan dia

dia tidak sedar jika dia berjaya harungi, darjatnya makin tinggi disisi Allah

apa lagi yang terindah dalam hidup

kalau darjat yang tinggi disisi Allah

itu kan cita-cita semua hamba

tidakkah dia bersyukur

pandanglah dengan pandangan yang lebih luas

ujian yang diterima terlalu kecil

jika mahu dibandingkan dengan hamba yang lain

tidakkah dia berfikir?

rugilah dia jika dia tidak berfikir.

 

Jasad mencari tempat untuk meluah isi hati ke sana sini

meluah beban yang ditanggung

tidakkah dia ketahui

Allah memerhatikannya

mengapa tidak diluah pada Allah yang Maha Mengetahui

bukankah ujian itu dari Allah

jadi kepada Allah lah yang patut diluah

bukanlah pada makhluk

bersujudlah untuk meluah isi hati

jiwa akan menjadi tenang dan kuat.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nur Hanis Bt Hashim merupakan seorang pelajar di UiTM Bandaraya Melaka, jurusan 'Bachelor of Accountancy'. Beliau berumur 22 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Beliau berkongsi karya di http://nurhanishashim.blogspot.com/



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!