Benar,
Setiap orang pernah melakukan kesalahan.
Tetapi salah jika kita tidak pernah cuba membetulkannya
dan masih mengulanginya.
Benar,
Cinta itu suci dan fitrah bagi manusia.
Tetapi salah jika cinta itu bukan untuk Allah
Tapi bagi tujuan maksiat.
Benar,
Tidak menutup aurat tidak bermakna anda jahat.
Tetapi salah, kerana sejauh mana kebaikan anda,
Syariat Allah tidak anda jaga.
Benar,
Kubur itu asing-asing
Tidak perlu menjaga hal orang lain.
Tetapi salah, kerana kita semuanya bersaudara
dan menjadi tanggungjawab seorang saudara
untuk membimbing saudaranya ke syurga.
Benar,
Kehidupan dan masa depan di tangan Allah.
Tetapi salah, jika kita hanya menyerahkan kepada
takdir dan tidak berusaha untuk mengubahnya.
Benar,
Kita hanyalah insan biasa
yang pengetahuan agamanya tidak sebanyak mana.
Tetapi salah, jika kita tidak menyahut seruanNya,
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma'ruf dan melarang dari yang mungkar...."
Assalamualaikum :)
Biodata Penulis
Khairul Syazwani Bt Mohamad Shafiee merupakan seorang mahasiswa di bumi Perlis. Menulis adalah sebahagian daripada aktiviti masa lapang beliau. Beliau berkongsi karya di http://www.syazwanishafiee.blogspot.com/
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Benar, Tapi Salah