Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 278 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Aku Masih Melihat

Aku Masih Melihat

alt

Aku masih melihat
Mereka duduk menghilai tawa
Bersama mengharungi dunia penuh gembira
Meskipun urusan ummah belum selesai

Aku masih melihat
Mereka menikmati hidangan penuh lazat
Umpama tiada apa yang perlu dibimbang
Walaupun musuh islam terus meratah darah

Aku masih melihat
Kesibukan mereka untuk dunia
Umpama dunia itu segalanya
Hatta masih ada dunia selepas dunia

Aku masih melihat
Kekasih berpegangan tangan
Tiada segan, tiada silu
Hingga lupa Allah sentiasa memerhati

Aku masih melihat
Islam sudah hilang serinya
Islam diinjak penuh nista
Namun penganutnya terus alpa

 

Aku masih melihat
Sudah kurang insan ghuraba'
Umpama air kontang di musim kemarau
Maka siapa yang mahu menjadi penyelamat

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Muhammad Asraf Bin Mohd Ghaus Merupakan Graduan UMT yang kini bergiat menulis di kolum-kolum bebas. Aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia. Beliau berkongsi karya di http://dimensimindamuda.blogspot.com/



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!