Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 21 Mei 2012

 834 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Jika Esok Masih Ada

Jika Esok Masih Ada

nisa

Jika esok masih ada
Akan ku sujud padamu

Minta diampun semua dosaku
Akan ku kotakan suruhanmu
Sampaikan pada dunia
Biar semua tahu
Islam itu satu!

Jika esok masih ada
Akan ku berikan pada yang meminta
Akan ku laksanakan apa yang tertunda
Niatkan semuanya kerna Dia

Jika esok masih ada
Pasti aku pegang saudara
Tidakkan aku biarkan mereka menderita
Kerana leka terhadapnya

Jika esok masih ada
Tidak ada masa yang akanku sia
Tidak ada hati yang akan ku luka
Tidak ada jasad yang  aku aniaya
Seakan hidup sesaat Cuma

 

Jika esok masih ada
Akan ku tinggalkan selimutku
Tinggalkan enak tidur malamku
Bersujud kepadamu
Memohon perlindungan darimu ya rabbi!
Namun,
Itu semua jika esok masih ada!

Telah aku siakannya
Peluang sekali Cuma
Hari ini aku sudah melelapkan mata
Dihimpit gelap selamanya
Tiada lagi jika esok masih ada.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nabila Huda Mahamad Isa Merupakan Seorang penuntut tahun ketiga MBBS di India..



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!