Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 21 Mei 2012

 865 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Mengintai Takdir

Mengintai Takdir

alt

Hari ini
Sejumlah daripada takdir
Telah kita kunyah dan telan
Atau mungkin juga
Kita memilih untuk
Meluahkannya

Seperti kau
Aku bukan seorang
Yang mudah menelan
Apa-apa
Malah menyentuh juga
Aku berkira

Waktu tak pernah sedikit pun
Di belakang kita
Tapi selalunya kita suka
Berada di dulunya

Dulu yang terlalu lama

Antara sekarang yang wujud
Dan semalam yang lepas
Kitalah yang mematikan
Dan menghidupkannya semula

 

Jika tiada kita
Aku percaya
Tuhan dapat menjimatkan masa
Tanpa perlu
mengubah apa-apa.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Para Jamaludin Merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau berkongsi karya di www.kaitbahasalangit.blogspot.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!