Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 21 Mei 2012

 858 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Ku Pinangmu Dengan Bismillah

Ku Pinangmu Dengan Bismillah

alt

Assalamualaikum..
Buat Nisa yang berjaya
Membuka kunci di hati ana
Untuk ana jadikan dirimu sebagai zaujah..
Penyeri hidup yang akan sentiasa

Mendukung perjuangan ana
Yang akan menjadi teman dalam
Perjalanan kehidupan..
Semoga kasih kita sampai syurga

Rentak Bahasa dan perilaku dirimu
Santun bahasa dan lembut pekertimu
Membuatkan jiwaku
Seorang insan..
Dalam dua persimpangan
Antara cinta Allah
Yang aku dambakan
Yang aku rindukan
Ditakdirkan Tuhan
Bertemu cinta seorang insan
Buat menemani perjalanan
Kembara kehidupan..

 

Ya Allah..
Kuhimpun doaku
Dalam sujudku padamu
Kutebarkan rasa dihatiku
Dengan titisan airmataku..

Ya Allah.. 
Jika dia kau ciptakan
Sebagai pasangan hidupku
Tautkanlah hatinya dengan hatiku
Dalam kasih dan cinta 
Demi mencari redha darimu Ya Ilahi

Dengan lafaz Bismillah
Kupinang dirimu
Menjadi Zaujah di hatiku
Semoga mendapat keberkatan
Dari yang esa..

Wassalam

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Siti Nor Hidayah Binti Samsuddin Merupakan seorang pelajar di Kipsas yang minat berkarya dengan menulis sajak dan puisi.Beliau berkongsi karya di http://alfatehblogspotcom.blogspot.com.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!