Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 21 Mei 2012

 880 Pembaca Online

Halaman: Puisi Kreatif Rindu Abadi

Rindu Abadi

alt

Ku titip sebuah rindu
Demi rasa syahdu
Merungkai sebuah kasih
Yang tulus bersih.

Tanpa sedar
Aku bertemu dengan kasih
Lama telah ku nantikan
Tanpa sedar
Kasih itu hadir di hadapan mata
Menanti pelukan khusyuk dariku.

Maafkan aku
Selama ini aku tuli
Seketika ini aku buta
Aku tak dapat melihat cinta
Yang sentiasa di depan mataku.

Kini aku bersua
Dengan cinta sebenar
Yang tak akan pergi
Dari anjung hati.

Kini aku bertemu
DIA yang sejati
Kasih yang hakiki
Takkan aku tinggalkan lagi
Demi sebuah dunia.

Ku pohon
Kekalkanlah cinta ini
Cinta hanya buat-Mu Ya Rabbi.

- Artikel iluvislam.com



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!