Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 20 Mei 2013

 402 Pembaca Online

Halaman: Cerpen

Cerita Cerpen

Maaf, Aku Tak Boleh

Hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi . Banyak perbezaan dengan alam persekolahan dahulu. Sedang aku sibuk mengemas nota dan buku-buku yang bersepah di atas meja, tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik aku diketuk. Seketika selepas itu, kelihatan sebatang tubuh sudah berdiri sambil tangannya masih ditombol pintu.

Deru Angin Kota Beijing

Jam baru menunjukkan pukul 6.00 pagi. Namun, rata-rata penduduk di sekitar Kota Beijing ini telah mula keluar untuk memulakan kehidupan harian mereka. Jika di Malaysia, 6.00 pagi ialah waktu untuk menunaikan solat Subuh, namun keadaan berbeza di sini. Waktu Subuhnya ialah pada pukul 3.06 pagi. Pada mulanya, memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan begini, namun lama-kelamaan Muiz sudah terbiasa.

Bukan Jalan Karpet Merah - Bhgn 2

altAku terdiam mendengar luahannya. Cuba berfikir apa yang patut ku cakapkan kepadanya. Sememangnya perkara yang menimpanya bukanlah semudah di anggap. Meskipun orang disekelilingnya tidak memukulnya, tapi kata-kata orang itu sebenarnya sering kali lebih menyakitkan daripada pukulan. Bak kata pepatah, tikaman lidah itu lebih tajam daripada tikaman pisau. Tikaman pisau, akibatnya berdarah jasad, sedangkan tikaman lidah, hati merana.

Bukan Jalan Karpet Merah - Bhgn 1

altWajah Arif kelihatan sugul dan muram. Tidak ceria seperti selalu, manis dengan senyuman, bersemangat dalam setiap ucapannya. Pandangannya yang selalunya kelihatan teguh kini hanya terlihat lemah. Nampaknya dia sedang memikul beban yang cukup berat dalam jiwanya. Beban perasaan yang mengusir sifat cerianya. Beban yang membuatkan dia berasa derita. Tertekan.

Sekat Alunan Merdunya Suara - Akhir

altSekali lagi wajah kakaknya ditatap. Dia tidak puas hati mendengar cerita yang masih tergantung. Kakaknya menarik nafas panjang seketika. Bagai orang yang hendak berenang lagaknya.

" Entah mengapa. Suatu hari, dia bangun dari tidur seperti biasa. Kau nak tahu apa terjadi? Suaranya. Suaranya sudah tiada. Maksud akak, hilang! Hilang macam itu saja. Ada yang cakap, dia jadi macam tu sebab terkena buatan orang. Almaklumlah, banyak yang berdendam dengannya. Satu, sebab dia cantik. Satu lagi, sebab pinangan budak-budak kampung ni banyak yang dia tolak.

Sekat Alunan Merdunya Suara - Bhgn 2

altCahaya mentari yang terik serta menghangatkan memaksa Atikah keluar untuk mencari tempat yang lebih sejuk dan selesa. Atikah segera melangkah keluar. Agak perlahan langkahnya. Dilihatnya satu-persatu rumah yang telah terbina sekian lama di kampung itu.

Semuanya masih cantik dan setiap satunya mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Hanya itu sajalah yang menarik perhatiannya di kampung. Rumah-rumah orang kampung yang kebanyakannya masih mengekalkan rekaan serta tradisi lama.

Sekat Alunan Merdunya Suara - Bhgn 1

altAtikah sudah bersiap-siap. Gincu berwarna merah muda dicalitkan di bibirnya yang mulus itu. Dia merenung sekilas ke arah cermin yang berada di sisinya. Dia tersenyum puas. Puas kerana penampilannya pada hari itu sudah cukup sempurna pada pandangannya. Rambut yang telah siap didandan di salon pagi tadi dibetulkan sedikit. Parasnya yang sudah sememangnya cantik itu semakin berseri apabila dia menggayakan baju kebaya moden yang baru saja ditempahnya beberapa hari yang lalu.

Satu Bicara Tentang Wanita

altHujan lebat sedang membasahi bumi. Membersihkan kekotoran dan debu pada dedaunan yang menghijau. Menyuburkan tanah yang kekeringan dan tandus. Kelihatan beberapa mahasiswa dalam keadaan basah, sedang berlari-lari meredah hujan tersebut.

Aku dengan Stacy sedang duduk di salah sebuah meja dalam kafeteria sambil melayari internet. Pada masa yang sama, sambil menunggu hujan redha sebelum kembali ke asrama pelajar. Aku menekan papan kekunci komputer. Melayari laman sosial Facebook.

Kisah Tauladan Di Sebalik Bismillah

altAda seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Luka Semalam - Akhir

altMalam itu, Pak Rahman sanggup menghantar bekalan itik bakar buat Safiyya. Kasihan terasa kerana gara-gara mengidamkan itik bakar, anaknya ditimpa pukulan hebat sekali. Semasa Pak Rahman tiba, Safiyya dilihat duduk termenung di jendela dapur.

'Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anakku, Safiyya. Berikan bahagia buatnya', doa Pak Rahman.

Page 10 of 20