Versi: Bahasa Melayu

Khamis, 23 Mei 2013

 468 Pembaca Online

Halaman: Cerpen

Cerita Cerpen

Kisah Pelangi

alt

Dahulu saya pernah menjadi sukarelawan di sebuah rumah anak yatim. Menyapu sampah, mengagihkan makanan pada mereka, membacakan buku cerita, semua itu adalah kerja saya. Tetapi mendengar luahan hati anak-anak yatim bukanlah kerja saya, kerana saya tahu saya pasti akan menitiskan air mata. Dan saya masih ingat hari itu, hari di mana buat pertama kalinya saya membuat kerja yang bukan kerja saya.

Dengan Kesusahan Datang Kesenangan

alt

Matahari memancarkan sinarnya. Awan putih kian pupus ditelan teriknya pagi. Sesekali kapal terbang melalui ruang udara bertemankan langit biru. Angin sepoi bebas berkeliaran dan kadangkala menyapaku, menyelak lembut tudungku namun gagal. Burung sesuka hati sahaja membuat huru-hara di sini dengan kicauannya yang berentak dan mengikut melodi hatinya mungkin.

Takutkah Aku?

alt

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, perlahan-lahan aku menyarungkan kain berwarna putih polos itu di kepalaku. Ya! Cukup padan rasanya. Seolah-olah aku seperti melihat susuk tubuh orang lain di hadapan cermin ini. Ada ketenangan yang tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam hati. Rasa tersentuh. Rasa ingin sekali aku menangis.

Cerita Cinta

alt

Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.

"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.

Budak Kota ke Kampung

alt

"Dunia sekarang jauh berbeza, iramanya dah tak sama. Dulu, agama masih terjaga. Sekarang sana sini tak terjaga. Dengan gejala sosial, dengan masalah ibu bapa yang tak tahu megurus rumah tangga. Sampai halal haram pun dah tak mengenal yang mana." Tegas suara atuk mengungkap rasa, semua yang ada menadah telinga. Telinga Ija rasa bernanah. Ija membuka langkah, selaju mungkin. Bosan dengan ceramah atuknya yang ditujukan untuk seisi rumah yang ada.

Warkah Daripada Abah

alt

Nasyrin duduk sendirian di kamarnya. Dia termenung di tepi jendela yang terbuka luas. Petang menjadi suram tak bertepian. Air matanya terus menittis membasahi pipi. Nasyrin menangis kesepian tatkala teringatkan arwah ayahnya...

Cinta Sakinah

alt

Sakinah merenung kembali masa silamnya yang telah lama ditinggalkan. Kini, Sakinah keseorangan menyendiri. Tiada lagi istilah 'couple' dalam hidupnya. Segalanya telah dibuang jauh. Akan tiba masanya untuk Sakinah berteman. Teman yang halal yang akan memimpin tangannya sepanjang jalan. Teman yang bergelar suami yang akan bersama Sakinah menempuh ranjau dan duri dunia.

Terima Kasih, Kekasih

alt

Sungguh. Dia terpempan! Hatinya bagai disiat-siat. Dunianya dirasakan kelam. Inilah rasa sakitnya putus cinta. Tidak pernah dalam kamus hidup Qistina dirinya dikecewakan, bahkan itulah cinta pertamanya. Cukup segalanya diberikan kepada insan bergelar sang arjuna. Disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Fikirnya itulah insan yang bakal menjadi kunci pendua hatinya. Musnah impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama si dia.

Sayang Dia Tak?

alt

Tiupan angin senja amat mendamaikan perasaan. Aku berasa tenang dan bahagia dengan ciptaan Allah. Aku mendakap erat sebuah buku yang bertajuk "Di Mana Nilai Cintamu". Buku itu baru aku beli pada dua minggu yang lepas.

"Aku Bukan Saidina Ali"

alt

Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.

Page 4 of 20